Demi Ilmu, Guru Komited Memastikan PdPR Berjalan Lancar

demi-ilmu-guru-komited-memastikan-pdpr-berjalan-lancar

Bermula Isnin ini, sesi persekolahan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diyakini akan berjalan lancar.

Hashim Johari lebih bersedia mengendalikan kelas PdPr kali ini selepas mengharungi pelbagai cabaran tersendiri sebelum ini. Beliau merupakan seorang guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Telok Ayer Tawar, Butterworth.

Demi Ilmu, Guru Komited Memastikan PdPR Berjalan Lancar
Hashim Johari bersedia memulakan sesi PdPR secara dalam talian.
Sumber: Astro Awani

Menurut beliau, ianya memerlukan kesabaran tinggi memandangkan bukan mudah untuk menerapkan norma baharu dalam pengajaran murid bagi sesi PdPR semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau akan menjalankan tanggungjawab untuk mendidik anak murid walau dalam apa jua keadaan demi memastikan proses pembelajaran murid-murid yang sedang bersekolah tidak terjejas.

“Cabarannya adalah untuk menyesuaikan murid dengan norma baharu dan ini akan mengambil masa. Berbanding PdPR 1.0, kali ini kami lebih bersedia,” kata beliau.

Sebagai guru, beliau perlu bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan berikutan situasi dunia yang menuntut seorang guru lebih banyak menguasai bidang teknologi seiring perubahan masa kerana pendidikan kini tidak seperti sebelum ini.

Para murid serta guru perlu bersedia dengan segala situasi kerana bagi saya, kami perlu sentiasa dinamik dengan masa,” jelas beliau.

Bermula Isnin, PdPR akan mula dijalankan semula bagi sesi persekolahan dan yakin bahawa semua pihak sudah bersedia berbanding PdPR pertama dahulu, menurut Hashim yang juga guru Pendidikan Islam.

Semua pihak akan lebih bersedia dengan perubahan dunia pendidikan secara digital, harapan Hashim bersempena dengan Hari Guru.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca