Demi Hadiahkan Kereta Untuk Ibu Bapa, Pemilik Butik Ini Dapat Kebenaran Rentas Negeri

Seperti yang kita tahu, rakyat Malaysia masih belum dibenarkan untuk merentas negeri akibat penularan wabak COVID-19.

Namun, pemilik butik fesyen bernama Leeyanarahman telah memuatnaik satu video yang memaparkan tindakan beliau merentas negeri bagi memberi kejutan kepada ibu bapanya.

Sumber: Instagram

Menurut pemilik butik berkenaan dan suami, Hafiz Hamid, mereka telah mendapat kebenaran daripada pihak polis untuk merentas negeri dari Kuala Lumpur ke Terengganu.

Tujuan mereka merentas negeri adalah semata untuk memberi kejutan dengan menghadiahkan kereta baharu kepada ibu bapa dan membawa pulang kereta di kampung untuk dijadikan kereta syarikat.

Tambahnya, mereka hanya ke Terengganu balik hari dan turut mematuhi syarat-syarat yang dikenakan iaitu hanya 3 orang dibenarkan merentas negeri.

Video perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi warganet di mana ada beberapa yang berasa terharu melihat video itu.

Sumber: Vocket

Walau bagaimanapun, rata-rata warganet menzahirkan rasa tidak puas hati kerana pasangan berkenaan diberi kebenaran merentas negeri semata-mata untuk memberikan kejutan.

Para warganet merasakan perkara tersebut tidak adil kerana ramai di antara mereka tidak dapat pulang ke kampung berjumpa dengan keluarga walaupun atas tujuan sakit.

Apakah pendapat anda tentang perkara ini?

Untuk baca lagi artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca