Demi Elak Penyokong Garuda Dan Harimau Malaya Berbalah, Cleopatra Rela Tampil Mohon Maaf

Perlawanan bola sepak membabitkan Malaysia dan Indonesia tidak pernah sepi daripada kekecohan.

Baru-baru ini, perlawanan antara pasukan Garuda dengan pasukan Harimau Malaya menimbulkan isu yang menyatakan seorang penyokong negara jiran dipukul oleh rakyat Malaysia berdekatan Stadium Bukit Jalil hingga mangsa patah hidung dan cedera di mulut.

Namun Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan perkara tersebut, malah menganggapnya rekaan semata-mata.

Walau bagaimanapun, mangsa kejadian, Yovan Loveindo Restu tampil mendedahkan bahawa beliau memang dipukul dan mendesak Syed Saddiq memohon maaf.

Difahamkan bahawa, seorang wanita jelita, Cleopatra, yang pernah dikaitkan dengan menteri muda itu, tampil memohon maaf atas insiden tersebut.

https://www.instagram.com/p/B5NdkyMJ6xW/

“Kemaafan saya pohonkan tulus dari hati saya sebagai seorang rakyat Malaysia sekiranya isu di atas benar,” tulis wanita nama asal Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin di Instagram.

“Semoga ia tidak akan menjejaskan hubungan baik dan keharmonian antara Malaysia dan Indonesia yang sekian lama terjalin dan seharusnya dipelihara.”

Beliau turut berharap agar mangsa mendapat rawatan yang terbaik serta dapat sembuh segera.

Kelmarin, polis telah mengesahkan tiada kejadian seperti yang disebar berlaku di sekitar stadium sebaik sahaja perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 tamat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah berkata penyebaran video dibuat dengan niat untuk memburukkan reputasi Malaysia.

“Penyebaran video tersebut juga dilihat mempunyai agenda untuk memudaratkan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Indonesia,” kata Datuk Huzir Mohamed.

Sehubungan itu, beliau menggesa individu yang kononnya menjadi mangsa tampil membuat aduan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca