Kesungguhan seorang pemuda Amin Fadhil Shaari, melakukan empat pekerjaan serentak untuk berkahwin dengan wanita dicintai mendapat perhatian netizen di media sosial selepas beliau berkongsi ceritanya di Twitter. Menurut pemuda tersebut, beliau menyimpan hasrat untuk membina mahligai rumah tangga dalam tempoh dua tahun lagi.

Pada mulanya beliau hanya melakukan tiga pekerjaan sahaja, antaranya ialah perkhidmatan membaiki telefon, berniaga air koko di pasar malam dan membantu keluarga jual baju di Jalan Tun Abdul Razak (TAR). Kemudian beliau turut menambah satu lagi pekerjaan dengan melakukan khidmat penghantaran makanan Foodpanda. Menurut Amin, lagi banyak dia lakukan kerja lagi cepat dia dapatkan kumpulkan wang dan dapat mempercepatkan majlis perkahwinannya.

Beliau tidak menyangka perkongsiannya di Twitter mendapat perhatian netizen dan sekali gus membuka peluang rezeki kepadanya serta jumlah pelanggan turut bertambah. Kata semangat dan sokongan daripada netizen membuatkan beliau berasa terharu dan semakin bersemangat untuk melakukan kerja dengan lebih bersungguh.

Penulis turut berasa kagum dan bangga melihatkan usaha pemuda ini, semoga perkongsian ini dapat membantu beliau untuk mendapatkan lebih ramai pelanggn, dan semoga atikel ini menjadi motivasi kepada para pembaca termasuklah kepada penulis.
Jika anda mempunyai cerita menarik untuk dikongsikan, sila kongsikan diruangan komen.