Demi Cegah Selesema Babi, China Bina Pangsapuri Khusus Untuk Haiwan Tersebut

Sebuah syarikat pertanian dari China telah membina kompleks ‘pangsapuri’ khusus untuk khinzir di lereng Gunung Yaji dekat selatan Guangxi.

Kompleks pangsapuri berkonsepkan bilik tertutup yang dianggarkan sebagai terbesar di dunia ini dibina untuk mencegah risiko wabak selesema babi di mana ia telah meragut kira-kira 200 juta nyawa atau separuh daripada populasi khinzir di dunia sejak 2018.

Dalam pada itu, ladang ini dijangka akan menghasilkan 840,000 anak khinzir setiap tahun. Setiap satu bangunan ini pula akan mempunyai 13 tingkat dan sekali gus menjadikan ia ladang tertinggi di dunia.

Sumber: ABC

Pengurus ladang iaitu Xu Jiajing berkata kepada Reuters, “Terdapat banyak kelebihan untuk ternakan bertingkat tinggi. Bangunan ini menjimatkan tenaga dan sumber daya jadi banyak khinzir boleh dibesarkan di sini walaupun tanahnya tidak besar.”

Sementara itu, kira-kira 30,000 ekor khinzir akan diternak di kompleks seluas 11 hektar berkenaan bermula dari akhir tahun ini. Untuk pengetahuan anda, sebuah ladang khinzir yang besar berukuran seluas 13 hektar di utara China kebiasaannya menempatkan 8,000 ekor haiwan berkenaan.

Yangxiang telah membelanjakan sejumlah 500 juta yuan (RM309,990,616) dan ia tidak termasuk kos pengurusan ternakan. Sekiranya anda mahu tahu, ladang tradisional menempatkan khinzir di satu ruangan sebelum ini mempunyai risiko penularan penyakit yang tinggi.

Robert Herrmann iaitu pegawai eksekutif firma penganalisis pasaran Mecardo berkata kepada ABC bahawa situasi ini pula berbeza dengan ladang bertingkat tinggi kerana ia sangat terkawal dan standard keselamatannya mengatasi ladang tradisional.

Pada pendapat anda, adakah ini merupakan satu langkah yang berkesan untuk mencegah penularan wabak berkenaan?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca