Demi Biayai ‘Live Streaming’ Video Lucah, Lelaki Ini Sanggup Jual Anak Dengan Harga RM47,000

Baru-baru ini tular kisah seorang bapa yang tergamak menjual bayi perempuannya. Lelaki yang bernama Liu ini berasal dari wilayah Fujian di China. Menurut laporan Daily Mail, lelaki berkenaan dikatakan memiliki dua orang anak iaitu lelaki dan perempuan. Bagaimanapun, lelaki tersebut mendakwa isterinya telah melarikan diri dan dia tidak mampu untuk membesarkan kedua-dua anaknya.

Tidak lama kemudian, Lu bertemu dengan sepasang suami isteri dari bandar Fuzhou. Pasangan ini ternyata berminat dan mahu menjadikan bayi perempuannya sebagai anak angkat mereka.

Lebih-lebih lagi selepas Lu menunjukkan gambar dan video anak perempuannya kepada mereka, pasangan ini terus bersetuju untuk menjaga bayi tersebut dengan pembayaran sejumlah wang.

Berdasarkan laporan Lobak Merah, pasangan tersebut dilaporkan mempunyai masalah kesuburan dan lebih menyedihkan apabila satu-satunya anak lelaki mereka telah meninggal dunia pada tahun 2017. Maka, sebab itulah mereka bersetuju dan berminat untuk membeli bayi tersebut.

Pada bulan Februari berikutnya, pasangan itu berkunjung semula ke kampung halaman Lu dan mengambil bayi berkenaan disertai dengan pembayaran sejumlah 80,000 Yuan iaitu bersamaan dengan RM47,357 sebagai upah dan syarat sebagaimana yang dimeterai dalam kontrak.

Lebih mengejutkan apabila duit yang diterima digunakan oleh Lu untuk membayar live streaming vlogger perempuan kegemarannya. Segalanya terbongkar pada bulan Mei lalu apabila pasangan tersebut cuba memohon kad pengenalan untuk bayi tersebut dengan menggunakan sijil kelahiran palsu.

Lu dan pasangan tersebut kini berdepan dengan dakwaan pemerdagangan kanak-kanak. Sebagai makluman, China terkenal dengan industri hiburan sebagaimana yang dilanggani oleh Lu. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa di negara itu telah menetapkan syarat tertentu bagi siaran rancangan sedemikian.

Kerajaan China juga dikhabarkan telah menghalang wanita daripada membuat live streaming video sambil mengenakan lingerie atau mana-mana pakaian yang jarang sehingga memperlihatkan tubuh badan.

Artikel Lain Untuk Di Baca