Demi 7 Tahun Persahabatan, Pereka Fesyen Ini Rahsiakan Perkahwinan Nad Zainal

Pasangan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail Aziz telah sah bergelar suami isteri pada 23 Januari lalu.

Pereka busana perkahwinan Nad dan Ungku Ismail iaitu Irie Mohamed dan Jimiey Whang telah membongkar ‘rahsia’ tentang majlis pernikahan pasangan mempelai itu di laman Instagram.

Menerusi hantaran di laman Instagram, pengusaha busana perkahwinan yang juga merupakan rakan baik Nad berkongsi bagaimana pelakon Takdir Yang Tertulis itu bermula sebagai klien syarikat mereka.

Sumber: Instagram @nad.zainal

Demi menjaga hubungan persahabatan selama tujuh tahun, pereka fesyen duo popular itu mengaku terpaksa menyimpan rahsia majlis perkahwinan Nad dan Ungku Ismail.

“Bermula dari brand yang tidak begitu dikenali beliau (Nad) sudah mula mempercayai hasil kerja kami baik dari busana majlis sehingga ke adibusana perayaan.

Setelah lebih 7 tahun, berbagai ujian yang dihadapi, sempat berlinang air mata dan berkirim doa.

Beliau mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dia dan bakal suaminya (kini suami). Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat,” tulisnya.

Sumber: Instagram @nad.zainal

Pereka fesyen itu juga menitip doa agar mahligai perkahwinan yang dibina Nad dan Ungku Ismail berbahagia dan kekal sehingga ke syurga.

“Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Nad dan Ungku Ismail.

Semoga mahligai perkahwinan yang dibina berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah (syurga),” tambahnya.

Sumber: Instagram @nad.zainal

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin mengesahkan berita gembira itu di laman Instagram dengan memuat naik gambar bersama Ungku Ismail ketika majlis perkahwinan mereka dan bukti mas kahwin berjumlah RM1,000.

Kami di Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Nad dan Ungku Ismail di atas perkahwinan mereka.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca