Search
Close this search box.

‘Demand’ Hantaran Tinggi Sebab Ada Ijazah, Gadis-Gadis Ini Akhirnya Bidas Kecaman Warganet

Baru-baru ini, satu video berkenaan seorang gadis yang mengupas tentang isu hantaran telah tular di laman Twitter. Video itu juga turut menerima video reaksi daripada orang ramai termasuklah selebriti terkenal, Caprice. Apa yang gadis tersebut cakap sampai kecoh satu Malaysia?

Menerusi video tersebut, apabila diajukan soalan mengenai wang hantaran, gadis yang dikenali sebagai Qaisara Afiqah itu pada mulanya mengatakan bahawa dia tidak kisah soal itu dan semuanya bergantung kepada kemampuan pihak lelaki.

Namun begitu, dia juga menegaskan bahawa memandangkan dia mempunyai ijazah, dia layak untuk menerima wang hantaran paling kurang RM10,000 hingga RM15,000.

Kenyataan itu ternyata mengundang pelbagai kecaman daripada warganet. Rata-rata mengatakan bahawa wang hantaran tidak sepatutnya dikaitkan dengan tahap pembelajaran seseorang. Tidak kurang juga ada yang menyelar apa yang keluar dari mulut gadis itu dan berpendapat bahawa percakapannya seolah-olah tidak menggambarkan seseorang yang mempunyai ijazah.

Malah, rata-rata memilih untuk keluar dari landasan perbincangan dan mula ‘menyerang’ fizikal gadis berkenaan.

Sebenarnya, video itu merupakan klip yang diambil daripada video versi penuh di YouTube Lejen TV bertajuk ‘Hantaran Kahwin Nak Berapa Ribu?’ Video berkenaan mendapat lebih 1 juta tontonan di laman Facebook Lejen Press. Komen-komen yang berbaur kecaman juga tidak kurang banyaknya.

Apa agaknya reaksi gadis-gadis ini apabila menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan warganet? Ikuti temu bual eksklusif Lejen TV bersama dengan mereka.

Artikel Lain Untuk Di Baca