Demam ‘Wednesday’ Merebak, Jenna Ortega Dapat 10 Juta Pengikut Dalam 10 Hari

Pelakon Jenna Ortega mendapat pengikut yang mendadak di Instagram sejak membintangi drama bersiri baru Netflix, Wednesday.

Pilihan yang tepat untuk memilih Jenna Ortega sebagai Wednesday Addams dalam siri terbaru Netflix, Wednesday kerana lakonannya dipuji ramai sehingga sekarang.

Siri tersebut telah memecah rekod jam tontonan paling tinggi dalam masa seminggu untuk kategori siri Netflix Bahasa Inggeris.

Siri komedi seram ini juga telah mendapat kedudukan yang pertama sepanjang minggu pertama ia dikeluarkan dalam Netflix dan sekaligus telah menewaskan rekod siri Stranger Things 4.

Jenna sudah lama memasuki industri seni filem dengan lakonan-lakonannya dalam cerita yang pelbagai seperti The Fallout, Scream, Yes Day, You dan banyak lagi.

Dengan itu, dia telah pun mempunyai pengikut yang ramai di Instagram, 9.39 juta tetapi selepas 10 hari Wednesday dikeluarkan, Jenna kini sudah mempunyai lebih dari 20 juta pengikut di Instagram.

Ramai Gen Z kini berpakaian dan mengikut gaya Wednesday. Karakter anak perempuan dalam keluarga Addams itu telah menjadi tumpuan ramai di media sosial terutama tarian Jenna dalam siri tersebut.

Tarian itu telah menjadi trend di Tik Tok dan semakin ramai kongsikan diri mereka menari tarian yang direka sendiri oleh Jenna itu.

Ramai kagum dengan tarian tersebut kerana ia telah berjaya menggambarkan karakter keluarga Addams yang bersejarah dengan tepat.

Mengikut cerita-cerita lama, Addams Family sejak versi yang pertama, watak-watak setiap ahli keluarga Addams memang dikenali dengan karakter mereka yang pelik dan seram.

Penampilan Jenna sebagai Wednesday digemari ramai dan sekarang, semua sedang menanti sambungan siri Wednesday dengan penuh rasa teruja.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca