DBKL Tutup Crackhouse Comedy Club, Pemilik Kelab Ini Disenarai Hitam

Pemilik Crackhouse Comedy Club disenarai hitam seumur hidup daripada mendaftarkan lesen perniagaan di sekitar ibu negara.

Ini merupakan susulan kontroversi persembahan komediri yang didakwa menghina agama Islam.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, Jawatankuasa Perlesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju membatalkan lesen perniagaan kelab komedi tersebut yang berkuat kuasa 30 Julai lalu.

“Malah, kita juga mengambil keputusan untuk menyenarai hitam pemilik kelab ini untuk mendaftarkan lesen perniagaan di Kuala Lumpur buat selama-lamanya.

Pemilik kelab yang bernama Rizal Van Geyzel tidak boleh mendaftarkan sebarang aktiviti perniagaan di Kuala Lumpur walaupun menggunakan nama dan syarikat berlainan.

Beliau berkata, beberapa kelab yang dikesan menjalankan aktiviti serupa di sekitar ibu negara sedang dipantau dengan rapi.

“Sebarang lesen hiburan yang kita kemuka dan keluarkan kepada setiap premis mesti mengikut peraturan ditetapkan.

Bagi pihak yang melanggar syarat perlesenan, maka mereka tidak akan terlepas daripada tindakan tegas,” jelasnya.

Terdahulu, premis di Taman Tun Dr Ismail itu digantung sementara hasil operasi oleh DBKL pada 10 Julai.

Premis terbabit didapati tidak mempunyai permit hiburan sejak 2014 hingga 2017 dan hanya memiliki lesen restoran dan minuman.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca