30 Kali Ganda Mahal Daripada Emas, Ini Daun Teh Legenda Dunia

Teh yang dihasilkan dari kawasan Pergunungan Wuyi, Provinsi Fujian, China ini disebut sebagai teh legenda dunia kerana harganya melebihi 30 kali ganda daripada emas.

Daun Teh Da Hong Pao tumbuh di Pergunungan Wuyi dan digelar teh legenda dunia kerana ia sukar untuk didapati menyebabkan harganya sangat tinggi.

“Rupa teh ini lebih sesuai dihidangkan kepada orang miskin tetapi dengan harganya yang mahal, ia sering dinikmati oleh orang kaya sahaja,” kata Xiao Hui, seorang pembuat teh.

Xiao Hui menunjukkan rupa fizikal teh tersebut sebelum diproses dan ternyata, apa yang dikatakan olehnya adalah benar. Rupa daun teh tersebut gelap dan tidak teratur.

Pada tahun 2002, terdapat pembeli sanggup membayar RM100,000 hanya untuk membeli 20 gram teh legenda tersebut.

“Da Hong Pao yang asli sangat mahal kerana sukar untuk ditemui dan jenis daun yang kuno sangat berharga.” Jelas pakar teh, Xianging Wu.

Negara China memang terkenal dengan budaya menikmati teh sebagai bentuk kesenian selama ribuan tahun. Tidak hairan jika wujud teh yang tidak pernah kita minum.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca