Datuk Seri Dr. Wan Azizah Bakal Jadi Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia?

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkemungkinan menjadi Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia susulan peletakan jawatan Tun Dr. mahathir Mohamad sebentar tadi.

Peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dipercayai mempunyai kaitan dengan pergolakan politik yang sedang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) semenjak mesyuarat Majlis Presiden yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Satu sumber memberitahu Malay Mail bahawa Tun Dr. Mahathir telah menamakan Dr. Wan Azizah sebagai perdana menteri sementara selepas partinya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memilih untuk meninggalkan Pakatan Harapan.

“Wan Azizah adalah perdana menteri sementara,” ujar sumber terdekat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 5 petang ini.

Pertemuan terbabit dipercayai akan berlangsung selepas Dr. Mahathir mengeluarkan kenyataan berhubung peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Dr. Mahathir sebelum ini telah mengutuskan surat peletakan jawatan beliau kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah sekitar jam 1 tengah hari Isnin.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Tun Dr. Mahathir Mohamad, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca