Datuk Nicol David Umumkan Persaraan

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai apakah ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, bakal menggantung raket akhirnya terjawab selepas atlet kelahiran Pulau Pinang itu sendiri mengumumkan persaraannya.

Keputusan itu dibuat selepas dia mengadakan perbincangan bersama keluarga dan jurulatih, Liz Irving, yang menjadi tulang belakang kejayaannya ketika di puncak karier dan sehingga kini.

“Saya gembira untuk bersiaran di sini bagi berkongsi perkembangan,” katanya dalam lintas langsung secara eksklusif dengan Nadi Arena malam tadi.

“Saya sangat gembira dan teruja untuk mengumumkan bahawa saya akan bersara Jun depan.”

“Ia akan menjadi musim terakhir saya dalam karier profesional,” jelas atlet berusia 36 tahun itu.

Juara dunia lapan kali ini kelahiran Pulau Pinang ini, berjaya dinobatkan sebagai Pemain Wanita Terbaik Sepanjang Zaman melalui satu undian yang dikeluarkan oleh Persatuan Skuasy Profesional (PSA) tahun lalu.

Datuk Nicol yang berumur 36 tahun pada Ogos ini, bermain skuasy seawal lima tahun dan memulakan karier sebagai pemain pada 1992 apabila merangkul pingat perak dalam Kejohanan Remaja Pulau Pinang.

Pengumuman itu ternyata menjadi kehilangan besar buat negara memandangkan dia dianggap ikon sukan kebangsaan sejak lebih sedekad lalu.

Datuk Nicol memegang rekod pemain paling lama yang menghuni ranking nombor 1 dunia, iaitu selama 9 tahun, sebelum dirampas jaguh Mesir, Reneem El Weleily, pada 2015.

Pemain yang kini di ranking ke-21 dunia itu sudah mengecapi kesemua kejuaraan, termasuk 8 kali bergelar juara dunia, selain 5 pingat emas Sukan Asia, 2 emas Sukan Komanwel dan 81 gelaran kejuaraan Jelajah PSA.

Satu-satunya kekesalannya ialah skuasy belum diterima menjadi acara rasmi dalam Sukan Olimpik sepanjang kerjayanya selaku pemain.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca