Datuk Dr. Noor Hisham Dianugerahkan Gelaran Tan Sri

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham telah dikurnia Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

Gelaran tersebut dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya hari ini.

Memetik laporan Astro Awani, Dr. Noor Hisham berkata bahawa penghargaan yang diberikan itu bukan hanya untuk diri beliau semata-mata, tetapi ia merupakan penghargaan kerajaan kepada semua petugas barisan hadapan terutama dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Alhamdulilah. Ini merupakan satu penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ia sekali gus merupakan lambang kepercayaan dan penghargaan Kerajaan kepada penjawat awam,” kata beliau.

Selain Dr. Noor Hisham, sejumlah besar petugas barisan hadapan dan warga KKM yang mewakili pelbagai latar belakang, termasuk pakar perubatan, petugas kesihatan hinggalah ke petugas sokongan kesihatan seperti pemandu kenderaan, penolong pegawai tadbir dan pembantu perawatan kesihatan turut dikurnia pelbagai pingat.

Dr. Noor Hisham Abdullah diibaratkan sebagai seorang panglima perang dalam menangani pandemik COVID-19 di Malaysia sejak awal tahun ini dan masih lagi bertugas sehingga ke hari ini.

Jasa dan bakti beliau sangat dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia kerana telah menjadi pemimpin barisan hadapan dalam usaha menangani penularan wabak COIVD-19 yang telah membunuh hampir 774,00 di seluruh dunia.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan Datuk Dr. Noor Hisham, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca