Dato’ Sri Siti Nurhaliza Beri Amaran Kepada Penganjur Konsert

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza melalui Instagram miliknya meluahkan rasa kekesalan terhadap satu poster konsert.

Sumber: Instagram Dato Sri’ Siti Nurhaliza

Nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah dipergunakan oleh pihak tertentu di dalam poster konsert. Menurutnya, beliau tidak terlibat di dalam acara tersebut.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza memberi amaran keras kepada penganjur konsert tersebut untuk tidak menipu orang ramai. Beliau berharap agak pihak yang terlibat tidak menggunakan nama artis secara sewenang-wenangnya.

Sumber: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Konsert yang bakal diadakan di sebuah dewan universiti ini bukan sahaja melibatkan Dato’ Sri Siti Nurhaliza malahan beberapa artis lain seperti Amy Search, Aweera, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan Cakra Khan. Tambah beliau, penyanyi yang lain tidak dipastikan benar-benar terlibat ataupun tidak.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza kini mempunyai single terbaru, 7 Nasihat yang menampilkan kerjasama dengan duo rap, Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Sumber: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Untuk membaca artikel lain berkaitan dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, sila klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca