KONGSIKAN

Dato’ Aliff Syukri sekali lagi bikin kontroversi apabila beliau dikatakan bersikap rasis dan telah menghina rupa paras seorang penonton pada konsert keenam  Gegar Vaganza ke-5 yang berlangsung pada Ahad yang lalu.

Dato’ Aliff Syukri yang juga pengasas produk kosmetik D’ Herbs merupakan penaja utama Gegar Vaganza yang ke-5 bagi menggantikan penaja utama Gegar Vaganza sebelum ini iaitu Dato Seri Vida, pengasas produk kosmetik Pamoga dan Qu Puteh.

Dato’ Aliff  telah menghina warna kulit penyanyi, Santesh. Dato’ Aliff kemudiannya dengan ‘selamba’ telah melabel seorang penonton dengan gelaran ‘bomoh’ sebelum bertindak meletakkan produk terbarunya menggunakan tangan pada wajah penonton wanita terbabit. Apa yang membuatkan netizen lebih panas hati adalah apabila Dato’ Aliff berkata beliau akan membayar penonton wanita berkenaan selepas meletakkan produknya pada wajah wanita itu.

 

 

Gara-gara tindakannya yang disifatkan sebagai keterlaluan, ramai yang telah mengecam tindakan Dato’ Aliff termasuklah netizen dan juga golongan artis. Berikut merupakan komen-komen berkenaan tindakan Dato’ Aliff.

 

 

 

 

Chef selebriti terkenal, Dato’ Fazley Yaakob turut menyifatkan tindakan Dato’ Aliff Syukri sebagai terlalu melampau jika sekadar untuk pemasaran.

Apa pandangan anda berdasarkan isu di atas?