Dato’ Aliff Syukri Dikecam, PU Rahmat Highlightkan 5 Perkara Berkenaan ‘Gimik Marketing’ Dato’ Aliff Syukri

Berikutan insiden Dato’ Aliff Syukri yang dikatakan telah menghina seorang penonton dan penyanyi Santesh dan Amalina pada konsert keenam Gegar Vaganza 5 pada Ahad yang lalu, ramai yang telah menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. Baik golongan artis mahupun netizen, masing-masing memberikan kecaman hebat mengenai isu tersebut.

Selepas insiden itu, Dato’ Aliff Syukri tampil membuat permohonan maaf ekoran tindakannya pada konsert berkenaan. Namun, pengakuan Dato’ Aliff Syukri bahawa penonton wanita yang ‘dihina’ adalah salah seorang stafnya sendiri menyebabkan orang ramai beranggapan bahawa ia adalah salah satu gimik ‘marketing’ dengan tujuan melariskan jualan produk ahli perniagaan tersebut.

 

 

Oleh itu, beberapa komen di laman Twitter yang menyokong Dato’ Aliff Syukri telah mengatakan bahawa Dato’ Aliff Syukri telah memperoleh ‘pahala percuma’ di atas kecaman orang ramai terhadap dirinya.

Namun, PU Rahmat dalam satu post di laman Twitternya telah menghighlightkan 5 perkara berkenaan isu itu. Antaranya ialah:

  1. Aliff Syukri tak dapat pun pahala free
  2. Dia dapat dosa menipu
  3. Dia dapat dosa sengaja buat orang maki dia
  4. Dia dapat dosa kutuk Santesh sebab Nabi paling marah orang kutuk Bilal Bin Rabah budak hitam
  5. Dia dapat dosa kerana menfitnah/mengumpat Amalina memakai susuk

 

 

Bagi penulis, tak salah untuk melakukan ‘gimik’ sedemikian namun memandangkan Dato’ Aliff adalah public figure seharusnya beliau lebih berhati-hati dalam setiap tindakannya. Semoga insiden ini memberi pengajaran kepada beliau untuk masa akan datang.

Sumber: Twitter PU Rahmat

 

[Anda ada karya yang ingin diterbitkan di iamlejen.com? Hantarkan cerpen, certot, sajak atau puisi tulisan anda ke [email protected] beserta dengan nama pena pilihan anda. Selamat mencuba!]

 

Artikel Lain Untuk Di Baca