Datang Ke Hospital Sebab Pendarahan Pada Faraj, Wanita Ini Terkejut Lahirkan Bayi Perempuan

Seorang wanita yang mengadu sakit akibat pendarahan faraj terkejut besar apabila dia melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat.

Kejadian itu dikongsikan di laman sosial Facebook milik seorang staf ‘dressar’ di sebuah hospital yang bernama Azrie. Ibu terbabit dikatakan langsung tidak mengetahui bahawa dia sebenarnya hamil. Lebih menarik lagi, wanita berkenaan terus sahaja bersalin sebaik dipindahkan ke unit ginekologi.

Menurut Azrie dalam laman Facebooknya, dia berkata wanita berusia 38 tahun itu sudah lima tahun berkahwin tetapi belum pernah dikurniakan cahaya mata.

“Rezeki Allah itu sememangnya luas,” tambah Azrie.

Ketika kejadian, wanita itu hadir ke hospital setelah mendakwa dirinya mengalami pendarahan pada bahagian vagina. Apabila ditanya oleh doktor bilakah kali terakhir dia datang haid, wanita itu menjawab dia tidak pasti berikutan haidnya memang tidak menentu.

Perut wanita itu ternyata kelihatan sedikit besar tetapi pesakit mengatakan bahawa dia telah pergi berurut ekoran dinasihati penduduk kampung kerana dia berkemungkinan diserang busung.

Satu ujian kehamilan dijalankan dan keputusan mengatakan wanita itu benar-benar hamil.

“Dalam masa 10 minit sahaja, pesakit telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Kelahirannya amat mudah,” tambah Azrie lagi.

Berita tersebut disambut penuh kesyukuran oleh suami wanita terbabit walaupun dia agak terkejut dan kesal kerana tidak sempat membeli barangan bayi buat anaknya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca