Pernah dengar tentang kewujudan vanila? Kebiasaannya, kita akan tahu kewujudan mereka dengan mengetahui daripada label yang ditulis di plastik aiskrim, susu, pelbagai jenis kek berperisa vanila, biskut, wangian dan lain-lain.

Vanila telah ditemui oleh seorang warga Sepanyol yang bernama Bernal Diaz del Castillo pada tahun 1514. Sebenarnya, vanila datangnya daripada spesies bunga orkid di mana ia boleh didapati di seluruh dunia. ‘Flat-Leaved Vanilla’ merupakan spesies orkid yang telah digunakan untuk menghasilkan vanila.

Terdapat 3 tanaman vanila yang utama di Malaysia termasuklah di Pahang, Jerantut dan Sabah. Penanaman ini menjadi di Malaysia berikutan kedudukan Malaysia yang berada di garisan Kkhatulistiwa. Proses penanaman vanila memerlukan kesabaran yang sangat tinggi dan perlu mengharungi risiko yang sangat besar.

Penjagaan yang rumit dan mahal membuahkan hasil kerana permintaannya yang sangat tinggi di seluruh dunia, terutamanya dalam dunia kulinari. Penghasilan bunga yang akan menghasilkan vanila boleh mengambil masa beberapa tahun.

Mengeringkan vanila sahaja sehingga menjadi hitam boleh mencecah sebulan lamanya. Maka, tidak hairanlah kenapa harga vanila di pasaran sangat tinggi. Terdapat juga pemprosesan vanila yang terus menjadi esen. Harganya juga jauh lebih murah berbanding dengan vanila yang telah dikeringkan. Kita sebagai pengguna boleh memilih vanila mana untuk digunakan dalam membuat sesuatu.

Penulis

  • Fatin Fatini Shamsaini adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda