Darah Menjadi Asid, Bayi Meninggal Dunia Gara-Gara Tertelan Bateri Kecil

Seorang bayi yang baru berusia setahun, Hughie McMahon meninggal dunia akibat tertelan sebiji bateri kecil dipercayai daripada permainan kanak-kanak.

Menurut laporan Daily Mail, akibat daripada menelan bateri bersaiz butang itu, darah bayi tersebut menjadi berasid dan kemudiannya ‘membakar’ lubang sebesar duit syiling di jantungnya.

Ibu bapa mangsa, Christine McDonald dan Hugh McMahon berkata, semasa kejadian mereka mendapati sebutir bateri kecil hilang daripada patung monyet, Swing & Swing.

Ibu bapa mangsa mendapati sebutir bateri kecil hilang daripada patung monyet, Swing & Swing anak mereka.

Menurut mereka, Hugie rebah selepas menelan bateri alkali LR44 yang tersekat di kerongkongnya.

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital pada 24 Disember dari rumah mereka di Motherwell ke Hospital Universiti Wishaw.

Hughie diberikan bantuan oksigen sebelum diangkut ke unit pakar di Hospital Universiti Queen Elizabeth Glasgow di mana mereka kemudiannya mendapati darahnya menjadi ‘berasid’ dan tidak akan membeku.

Pakar juga turut mendapati terdapat lubang yang terbakar di jantungnya akibat daripada bateri tersebut yang mana tidak mampu untuk dipulihkan.

Hughie McMahon dirawat di sebuah hospital di Glasgow.

“Tiada siapa yang memberi amaran kepada kami tentang bateri butang. Saya tidak tahu akan hal itu, namun mereka ada dalam kebanyakan benda. Saya lebih bimbang tentang peluntur, jatuh di tangga dan kepala terhantuk.

“Pakar bedah memberitahu kami Hughie telah menelan bateri butang. Ia telah bersarang di esofagusnya dan membakar lubang tepat di jantungnya. Mereka hanya pernah melihat sesuatu seperti itu sekali sahaja sebelum ini.

“Saya menarik pakar bedah ke tepi dan memberitahunya bahawa saya adalah ibu Hughie dan perlu diberitahu perkara sebenar.

“Dia memberitahu saya jika anak lelaki saya berjaya hidup, dia akan hanya sekadar wujud. Tidak lebih dari itu,” katanya kepada Scottish Sun.

Puan McDonald dan Encik McMahon akhirnya terpaksa membuat keputusan yang menyakitkan untuk melepaskan anak mereka pergi selepas diberitahu mesin sokongan tersebut adalah satu-satunya benda yang masih mengekalkan Hughie terus hidup.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca