Darah Manusia Sebenar Dalam Pembuatan Kasut, Nike Saman Pereka Model Satan Shoes

Kasut custom yang dihasilkan oleh jenama dari Brooklyn, MSCHF telah menarik perhatian dunia apabila melancarkan kasut dengan tema syaitan, Satan Shoes.

Kasut berkenaan merupakan hasil kolaborasi bersama penyanyi Lil Nas X di mana ia dihasilkan khas bersempena pelancaran video muzik Montero oleh penyanyi itu.

Ia turut dihasilkan dengan jumlah sebanyak 666 pasang dan dihiasi dengan grafik seram pada kotak serta logo pentagram pada kasut.

Sumber: Vocket

MSCHF mendakwa bahagian bawah kasut itu turut mengandungi titisan darah manusia sebenar yang dicampur dengan cat berwarna merah.

Walau bagaimanapun, Nike tidak menyukai gimik tersebut. Menurut wakil syarikat kasut tersebut, Nike tidak pernah mengeluarkan sebarang kebenaran untuk MSCHF hasilkan kasut yang berkonsepkan syaitan tersebut.

Sumber: Vocket

Nike juga dikecam kerana disangka terlibat dalam memberi kebenaran kepada MSCHF bagi menghasilkan model kontroversi ini.

Lantaran itu, Nike telah mengeluarkan saman terhadap MSCHF kerana melancarkan produk yang jelas menimbulkan kontroversi itu. Ini bukan kali pertama MSCHF berdepan dengan kontroversi.

Syarikat tersebut juga telah menghasilkan model Holy di mana kasut berkenaan bertemakan ketuhanan. Ia lengkap dengan tanda salib dan holy water dimasukkan di bahagian bawah tapak kasut berkenaan.

Namun, tiada tindakan larangan jualan dibuat terhadap model itu.

Untuk baca artikel berkaitan dengan Nike, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca