Dapat Menghidu Bau Kematian, Ini Kisah Ari Kala Yang Ramai Tidak Tahu

Mati itu pasti. Manusia pasti akan menemui ajal tidak kira umur, masa dan cara. Manusia juga tidak tahu bila ajal mereka akan tiba.

Namun, terdapat kisah misteri tentang seorang wanita berusia 24 tahun di New South Wales, Australia yang dikenali sebagai Ari Kala. Dia mendakwa mempunyai kelebihan dapat menghidu sejenis bau daripada tubuh badan seseorang yang menandakan dalam masa terdekat seseorang itu akan mati.

Ketika berusia 12 tahun, dia menghidu sejenis bau daripada badan bapa saudaranya yang sedang nazak dan mengetahui dia memiliki kelebihan tersebut buat kali pertama.

“Malam sebelum kematiannya, saya terhidu sejenis bau aneh, saya fikir ia bau mayat kerana saya belum pernah menghidu bau tersebut tetapi orang lain tidak menghidunya,” kata Ari Kala.

Sejak itu, dia dapat menghidu bau aneh ini disekelilingnya. Namun, dia percaya menentukan kematian seseorang bukan tanggungjawabnya dan dia tidak akan memberitahu seseorang itu tentang kematian mereka dalam masa terdekat.

Kini Ari Kala berkerja sebagai jurulatih psikik yang membantu masyarakat mencungkil kuasa dalaman masing-masing.

Artikel Lain Untuk Di Baca