Dapat Lebih Banyak Minyak Jika Pam Perlahan? Ini Respons Pak Cik Shell

Semua pemilik kenderaan mempunyai satu persamaan di mana mereka pastinya mempunyai teori tersendiri ketika mahu mengisi tangki minyak.

Antara teori yang paling menjadi ikutan ramai adalah anda akan dapat kuantiti minyak yang lebih banyak apabila menekan nozel dengan lebih perlahan. Betul ke?

Oleh itu, Pengarah Urusan Shell Malaysia iaitu Shairan Huzani ataupun lebih dikenali sebagai Pak Cik Shell telah memuat naik satu video melalui laman Instagram beliau.

Sumber: Instagram @pakcikshell

Dalam video tersebut, beliau membongkarkan sama ada teori yang menjadi ikutan ramai dalam kehidupan seharian ini adalah benar seperti yang didakwa ataupun sekadar mitos sahaja.

Menerusi video yang berdurasi 1 minit dan 43 saat, Pak Cik Shell telah berbual dengan Heihei iaitu seekor kucing Shell berwarna hitam secara santai dan bersahaja untuk mendapatkan kebenaran di sebalik teori tersebut.

Sekiranya anda menonton video tersebut, Pak Cik Shell bersama seorang jurupam telah mengisi minyak sebanyak 10 liter ke dalam sebuah bekas dengan dua cara berbeza.

Sumber: The Vocket

Walaupun jurupam telah menggunakan dua cara berbeza iaitu menekan nozel minyak secara perlahan dan laju, kuantiti minyak dalam bekas tersebut sama sahaja.

Sumber: The Vocket

Untuk membuatkan orang ramai lebih faham, Shairan telah membuat simulasi semula dengan menggunakan dua bekas Costa Coffee yang mempunyai air separuh penuh daripada bekas.

Beliau menuang air secara perlahan-lahan pada bekas pertama. Meskipun beliau menuang air dengan laju dalam bekas kedua, ia tetap memberikan hasil yang sama. Kuantiti air dalam kedua-dua bekas tidak berbeza walau setitik pun.

Kesimpulannya, anda tidak perlu lagi menekan nozel minyak secara perlahan dengan harapan akan dapat minyak ekstra selepas ini. Berapa banyak anda bayar, itulah jumlah minyak yang semua orang akan dapat mengikut harga minyak semasa.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca