Dapat Gelaran Remaja Terpendek Di Dunia

Remaja lelaki berusia 18 tahun dari Nepal diiktiraf sebagai remaja paling pendek di dunia oleh Rekod Dunia Guinness (GWR) pada Selasa lalu.

Dor Bahadur Khapangi, yang mempunyai ketinggian 73.43 sentimeter (sm) menerima sijil pengiktirafan itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Nepal Dhananjay Regmi pada program yang diadakan di Kathmandu.

Dia dilahirkan pada 14 November 2004 di kampung Tinkanya di daerah Sindhuli iaitu kira-kira 130 kilometer (km) sekitar tenggara ibu negara.

Anak bongsu kepada petani, Takkar Bahadur Khapangi dan Rana Maya kini belajar di sebuah sekolah berhampiran dan menetap bersama ibu bapanya.

“Dor Bahadur baik-baik saja ketika dilahirkan. Tumbesarannya bagaimanapun, tidak berkembang sejak berumur tujuh tahun.

“(Tumbesaran) rakan sebayanya bertambah tetapi Dor Bahadur tidak. Kami tidak tahu kenapa,” kata Nara Bahadur Khapangi, abang kepada Dor Bahadur.

Selain itu, dia juga menambah bahawa pemegang rekod baharu itu seorang yang pemalu dan kurang bercakap.

Rekod ketinggian lelaki paling pendek pertama kali dipegang oleh Edward Hernandez, 36, dari Colombia pada 13 April 2010.

Bagaimanapun, gelaran itu dirampas oleh Khagendra Thapa Magar dari Nepal yang mempunyai ketinggian 67 sm.

Kemudian, ia bertukar kepada Chandra Bahadur Dangi seorang lagi lelaki senegara dengan ketinggian 54.6 sm.

Dangi adalah lelaki paling pendek pernah direkodkan apabila ketinggiannya diukur pada 26 Februari 2012. Namun telah meninggal dunia pada Februari 2012 pada usia 75 tahun dan kemudian Khagendra pada Januari 2020.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca