Ketika sebahagian negara lain di dunia sedang bergelut dengan penularan jangkitan berbahaya coronavirus, wilayah Afrika Timur pula sedang berhadapan dengan serangan jutaan belalang gurun. Khususnya, di kawasan Habsyah, Kenya dan Somalia.

Menurut laporan Reuters, serangan kali ini dikatakan yang paling teruk dalam tempoh 25 tahun kerana ia mengakibatkan kemusnahan ribuan hektar ladang juga menimbulkan krisis kekurangan bekalan makanan di wilayah itu.
Difahamkan, serangan belalang gurun setakat ini telah memusnahkan hampir 70,000 hektar tanah di Somalia, yang menyebabkan petani kerugian besar dan kehilangan mata pencarian mereka.

Malah yang lebih teruk, bilangan belalang pemusnah itu juga dijangka akan meningkat 500 kali ganda menjelang bulan Jun ini.
Pertubuhan Makanan dan Petanian di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Persatu memaklumkan, kecepatan penyebaran serangga tersebut adalah di luar kebiasaan.

Namun, usaha untuk mengawal daripada serangan kami ini merupakan yang terburuk dalam tempoh 70 tahun. Saksi mendakwa jumlah belalang ini terlalu banyak sehingga ia boleh dilihat memenuhi langit sepanjang 60 kilometer.
Keadaan yang semakin meruncing itu memaksa negara yang terjejas meminta bantuan daripada antarabangsa.
Untuk baca artikel yang berkaitan serangan binatang, sila klik pautan di bawah: