Dalam Dilema, Warganet Sarankan Aeril Zafrel Dan Keluarga Tidak Melawat Ke Eropah

Pelakon Aeril Zafrel menghadapi satu dilema dimana beliau telah merancang untuk membatalkan percutian ke Eropah bersama keluarganya. Namun, terdapat kerugian besar jika ia dilaksanakan.

Berdasarkan posting di Instagram miliknya, Aeril Zafrel masih belum menemui jalan yang terbaik. Jika beliau dan keluarga tidak pergi, maka mereka akan kerugian sebanyak RM150,000. Suami kepada Wawa Zainal ini cuba meminta pendapat peminat di laman sosial tersebut.

“Saya, isteri dan team sepatutnya pergi ke Europe Ahad ni. Tapi pihak agensi kata tak boleh postpone or refund, sebab kami pergi by group.”

“Kalau tak pergi plak, mau kena burn almost RM150,000,” ujar beliau di Instagram. 

Pelbagai komen yang memberikan pandangan terhadap dilema Aeril Zafrel. Ada yang menyokong untuk membatal, ada juga yang sebaliknya. Setakat ini, hantaran tersebut mendapat 1,000 ulasan serta 45,000 like.

Sumber: Instagram Aeril Zafrel

Wabak COVID-19 kini bukan sahaja menjadi masalah kepada negara malahan seluruh dunia. Semoga Aeril Zafrel dan keluarga mampu untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

Untuk membaca artikel lain berkaitan dengan COVID-19, sila klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca