Memetik laporan portal Sport Bible, seorang pelari pecut Olimpik Belarus didakwa diculik dan dibawa ke lapangan terbang untuk diterbangkan pulang ke negara asalnya setelah mendapati dia membuat kritikan mengenai pegawai pasukannya.
Difahamkan, Krystsina Tsimanouskaya yang bakal bertanding dalam acara 200m itu mendakwa, pada malam sebelum acaranya bermula, beberapa wakil pasukan Belarus telah datang ke bilik hotelnya. Mereka terus membawanya ke lapangan terbang Haneda, Tokyo secara paksa.

Menurut laporan, dia enggan mengikut arahan dan kini mencari perlindungan di Jerman atau Austria untuk tidak kembali ke negara asalnya.
“Dilaporkan bahawa Krystsina Tsimanouskaya mengkritik rejim dan pegawai sukan secara terbuka akan dihantar dari Tokyo kembali ke Belarus,” ciap wartawan Hanna Liubakova yang berpangkalan di Minsk.
“Dikatakan, wakil pasukan kebangsaan Belarus telah membawanya ke lapangan terbang. Keadaan kelihatan seperti penculikan.”
Liubakova turut menyiarkan rakaman audio perbualan di antara ketua jurulatih Belarus, Yuri Maisevich dan Tsimanouskaya hingga membuatkan pelari pecut itu menangis selepas diugut.
#Belarus It’s been reported that Kryscina Tsimanouskaya, who publicly criticized the regime and sports officials, is being sent from Tokyo back to Belarus. Apparently, representatives of the Belarusian national team took her to the airport. It looks like kidnapping pic.twitter.com/led3PfncEQ
— Hanna Liubakova (@HannaLiubakova) August 1, 2021
Tsimanouskaya was accompanied to the airport by two people: a psychologist and Vasil Yurchuk, a representative of the NOC. She was told she needs to be eliminated from the Olympics and return home. Witnesses say she didn’t fly to Turkey from Tokyo and is still at a police depart. pic.twitter.com/Ue52ASwbWH
— Hanna Liubakova (@HannaLiubakova) August 1, 2021
A conversation between #Tsimanouskaya, Yuri Maisevich, the head coach of the national team and another member of the delegation, was leaked. She was brought to tears by their threats.Also, the conversation proves that she was not forced to leave the Olympics because of any trauma pic.twitter.com/cPc8jzQrEm
— Hanna Liubakova (@HannaLiubakova) August 1, 2021
Menurut laporan, Tsimanouskaya kini ‘selamat’ dalam tahanan polis Jepun dan menyatakan kepada Reuters dalam pesanan Telegram yang berbunyi:
“Saya tidak akan kembali ke Belarus.“
“Mereka berusaha mengeluarkan saya dari negara ini tanpa kemahuan saya. Saya mohon IOC untuk campur tangan dalam hal ini.“
Belarusian athlete Kryscina Tsimanouskaya publicly appeals for help & says staff from her national Olympic committee are trying to forcibly repatriate her to Belarus after she criticised Belarusian sports officials. pic.twitter.com/ZBUblfjqIE
— распад и неуважение (@VictorKvert2008) August 1, 2021
Jurulatih Belarus dikatakan tampak kurang senang ketika Tsimanouskaya membawa perkara itu ke media sosial untuk mengadu bahawa dia telah memasuki acara 4x400m berganti-ganti.
Pun begitu, beberapa anggota pasukannya didapati tidak layak untuk bertanding di Olimpik kerana gagal dalam menjalani ujian doping.
“Mereka gagal menjalani ujian doping yang secukupnya yang menyebabkan sebilangan ahli pasukan kami tidak dapat datang ke sini untuk bertanding dalam acara 4x400m berganti-ganti,” kata Tsimanouskaya kepada Reuters.
“Dan tanpa pengetahuan saya, jurulatih memasukkan saya ke acara itu. Saya membicarakan hal tersebut dengannya secara terbuka.”
“Kemudian ketua jurulatih menghampiri saya dan menyatakan bahawa dia mendapat arahan daripada pihak atasan untuk membuang saya dari pasukan ini.”
❗️On Friday after she criticised Belarus national team’s management the regime media started a “you are a disgrace to your nation” campaign against her. She said she’s now afraid to return to Belarus but the officials took her to the Tokyo airport by force. Her flight is in 3 hrs https://t.co/i3jY81UCGx
— Tadeusz Giczan (@TadeuszGiczan) August 1, 2021
Japanese police have arrived to the airport. “I am with the police right now. They are deciding what could be done” – Tsimanouskaya. pic.twitter.com/PPYHsvMYMi
— Tadeusz Giczan (@TadeuszGiczan) August 1, 2021
Ianya secara terang-terangan tidak disukai oleh pegawai Belarus dan kini telah melancarkan kempen, “anda telah memalukan negara” terhadapnya.
Menurut Tsimanouskaya sendiri, dia kini takut pulang ke negara asalnya.
Menurut sumber daripada New York Times, di bawah kepimpinan Aleksandr G. Lukashenko, politik Belarus sedang bergolak dengan presiden negara yang digambarkan sebagai ‘diktator terakhir Eropah’.
Tsimanouskaya kini meminta perlindungan di tempat lain dengan Poland negara pertama yang menawarkan bantuan terhadapnya, menurut Yayasan Solidariti Belarus.
Namun pasukan Olimpik Belarus telah menafikan tuduhan ini dengan menegaskan dia dikeluarkan dari pasukan disebabkan ‘keadaan emosi dan psikologinya’.
Sementara itu, pegawai pasukan Belarus memaklumkan kepada ibu atlet pecut itu bahawa anaknya telah direkrut oleh perisik asing dan mesti dibawa kembali ke Belarus. Memetik laporan portal Daily Mail.
Krystsina Tsimanoukaya diberikan perlindungan daripada Poland pada Isnin setelah meminta pertolongan dari polis Jepun ketika berada di lapangan terbang Haneda, Tokyo dengan menyatakan bahawa dia takut jika keselamatannya terancam.
Atlet terbabit menyatakan bahawa dia tidak menyangka apabila dimaklumkan untuk mengemas begnya dalam masa yang singkat dan terus pulang ke Belarus setelah dia menyiarkan video mengkritik pasukan kebangsaannya menerusi laman Instagramnya.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: