Dakwa Wanita Boleh Hamil Jika Kongsi Kolam Renang Dengan Lelaki, Pegawai Ini Dipecat Oleh Presiden Jokowi

Baru-baru ini timbul kekecohan apabila Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Indonesia (KPAI) telah mengeluarkan kenyataan wanita boleh hamil jika berkongsi kolam renang dengan golongan lelaki.

Sitti Hikmawatty, telah dipecat oleh Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi setelah memberi peringatan kepada golongan wanita supaya berhati-hati semasa menggunakan kemudahan awam tersebut.

Oleh kerana kenyataan tersebut tidak disukai orang ramai, Jokowi terpaksa campur tangan untuk memecat Sitti setelah beliau enggan berundur.

Kakitangan KPAI telah merayu kepada Jokowi untuk memecat ketua mereka dan Jokowi kemudian telah menandantangani surat mengenai keputusan pemecatannya dengan segera.

Hal ini turut disahkan oleh Setiausaha Sekretariat Negara Setya Utama.

Untuk membaca artikel lain berkaitan negara Indonesia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca