Dakwa Wang Tunai Punca Penyebaran COVID-19, Ini Amaran WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihati orang ramai untuk melakukan pembayaran secara nirtunai.

Alasannya, wang tunai adalah punca penyebaran wabak COVID-19. Walaupun begitu, betulkah dakwaan berkenaan?

Untuk dijadikan cerita, WHO memberi amaran kepada orang ramai bahawa wabak ini boleh berada pada permukaan wang kertas selama beberapa hari.

Sebagai respons, seorang jurucakap pertubuhan itu turut memberi cadangan untuk orang ramai membuat pembayaran secara nirtunai.

Memetik laporan Yahoo! News, anda perlu sentiasa mencuci tangan selepas menghulurkan wang bagi menghalang wabak ini daripada tersebar dengan meluas.

Terdahulu, Bank of England keluarkan kenyataan bahawa wang tunai boleh menjadi punca penyebaran bakteria ataupun virus dan menggalakkan orang ramai untuk kerap membasuh tangan.

Sehingga ke hari ini, pelbagai andaian telah dilakukan berkaitan punca wabak COVID-19 ini tersebar dengan pantas di seluruh dunia.

Apa-apa pun, jangan lupa untuk jaga kesihatan anda dan sentiasa membawa pensanitasi tangan bersama-sama sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca