Dakwa Tun Dr. Mahathir Tidak Jujur Dalam Isu Statut Rom, Ini Penjelasan TMJ

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terus menyerang institusi diraja tidak akan dapat menyelesaikan masalah negara yang telah dicipta sendiri oleh beliau termasuk isu perpecahan dan asimilasi kaum.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook, Tunku Ismail bertitah baginda dididik dari kecil lagi untuk sentiasa menghormati semua agama dan juga rakyat berbilang kaum.

Sumber: Instagram HRH Crown Prince of Johor

“Saya dididik dari kecil lagi untuk sentiasa menghormati semua agama dan juga rakyat berbilang kaum. Saya dan keluarga saya juga telah banyak memberi sumbangan kepada rakyat pelbagai kaum dan agama serta akan terus membantu kebajikan semua kaum,” tulisnya.

Baginda turut bertitah tindakan bekas Perdana Menteri itu yang tidak menunaikan janji juga merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia.

“Walau bagaimanapun, saya juga adalah seorang bangsa Melayu dan tidak lupa akan tugas saya untuk mempertahankan agama Islam. Itulah sebab saya menentang Statut Rom dan ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum).

Berkenaan isu Statut Rom dan ICERD ini, Tun Mahathir bukan sahaja tidak jujur kepada Majlis Raja-Raja tetapi Tun juga tidak jujur sepenuhnya kepada rakyat Malaysia.

Sumber: Instagram Dr. Mahathir Mohamad

Perkara yang dibuat secara tergesa-gesa pada ketika itu akan menggugat kesejahteraan rakyat dan menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu.

Dengan menyerang institusi diraja, Tun tidak akan dapat menyelesaikan masalah-masalah negara yang telah dicipta sendiri oleh beliau termasuk isu perpecahan dan asimilasi kaum. Satu lagi pengkhianatan kepada rakyat Malaysia adalah apabila janji-janji yang dibuat kepada rakyat tidak ditunaikan,” tambahnya.

Sumber: Instagram Dr. Mahathir Mohamad

Dalam pada itu, Tunku Ismail mengucapkan terima kasih dan menzahirkan rasa berbesar hati kepada Dr. Mahathir kerana turut menyatakan mengenai baginda dalam buku terkini beliau berjudul Capturing Hope.

Tunku Ismail turut menyatakan baginda akan mengadakan pertemuan bersama Dr. Mahathir dalam masa terdekat.

“Apa-apa pun, saya berdoa semoga Tun panjang umur, sentiasa menghormati semua kaum di Malaysia dan berpegang teguh kepada Perlembagaan Negara. I will see you soon, Tun,” ujarnya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=452637026218689&id=100044171872462

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca