Dakwa Tuduhan Jenaka Perkosa Sebagai Fitnah, Guru Ini Tuntut RM1 Juta Daripada Ain Husniza

Ain Husniza Saiful Nizam memuat naik satu ciapan di laman Twitter yang menyatakan beliau telah menerima surat permintaan ganti rugi sebanyak RM1 juta atas dakwaan memfitnah.

Ain berkata, “Saya tiba-tiba menerima surat tuntutan atas ‘pernyataan-pernyataan’ fitnah. Dalam surat ini, saya diberi tempoh tujuh hari untuk memenuhi semua tuntutan ini.

Antara tuntutan tersebut adalah Ain diminta untuk membayar RM1 juta dalam ganti rugi. All I ask is semua doakan urusan saya dipermudahkan.”

Menerusi surat itu, Ain menjelaskan bahawa beliau mempunyai tujuh hari untuk memenuhi semua tuntutan termasuk membayar RM1 juta untuk ganti rugi. Walaupun begitu, beliau tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai ‘pernyataan fitnah.’

Dalam pada itu, bapa Ain iaitu Saiful Nizam Abdul Wahab berkata menerusi satu ciapan bahawa surat yang dihantar pada jam 2 petang semalam adalah untuk Ain, dirinya dan isteri.

“Ada lima tuntutan dan salah satunya adalah membayar ganti rugi sebanyak RM1 juta. Kami menerima surat daripada firma guaman Rasshidi Ema & Yung.

Mengikut nasihat peguam, kami tidak akan mengulas lebih lanjut tentang perkara berkenaan buat masa ini. Kami akan mendapatkan nasihat daripada peguam mengenai hak kami dan tindakan seterusnya,” katanya.

Menerusi temu ramah Saiful Nizam bersama Malay Mail, beliau mempersoalkan notis saman berkenaan kerana Ain tidak pernah memberitahu secara khusus atau menyebut nama sekolahnya dalam kenyataan awal.

“Surat itu dikeluarkan oleh guru atas dakwaan fitnah walaupun kami tidak pernah menyebut namanya dan nama sekolah,” ujarnya.

Untuk pengetahuan anda, Ain menjadi bualan ramai pada awal tahun ini selepas beliau membongkarkan jenaka perkosa yang dibuat oleh guru pendidikan jasmani semasa di kelas.

Pada bulan Mei, Kementerian Pendidikan mengumumkan guru yang terlibat dalam kes melibatkan Ain itu akan dipindahkan ke Jabatan Pelajaran Selangor sementara menunggu siasatan polis.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca