Dakwa Tanah Runtuh Berlaku Luar Ladang, Pemilik Tapak Khemah Di Batang Kali Ini Mohon Maaf

Pengendali tapak perkhemahan Father’s Organic Farm iaitu Frankie Tan tampil membuat permohonan maaf dan menegaskan bahawa dia tidak akan lari daripada tanggungjawab walaupun kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor sebenarnya berlaku di luar ladang yang diusahakannya.

Memetik laporan The Vocket, Frankie meluahkan rasa sedih yang mendalam terhadap mangsa dan pihak keluarga menerusi sidang media pertamanya selepas insiden menyayat hati itu sambil menambah bahawa dia bersedia untuk membantu dengan apa jua cara.

“Sebagai pengendali tapak perkhemahan, kami ingin menyatakan bahawa kami tidak akan lari daripada tanggungjawab. Tanah runtuh itu tidak berlaku di tapak perkhemahan milik ladang kami tetapi di tanah yang lain.

Kawasan tanah runtuh itu adalah milik tanah kerajaan iaitu kira-kira dua atau tiga kilometer dari tanah ladang yang kami pajak. Tambahan pula, tapak tanah runtuh adalah hutan besar yang tidak pernah dibangunkan,” katanya.

Sumber: The Vocket

Sejak dari insiden runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan itu yang terletak di Gohtong Jaya, Pahang yang berlaku pada Jumaat lalu, Frankie mendakwa dia telah menghadapi pelbagai tekanan daripada pelbagai pihak termasuk keluarga mangsa yang menyalahkan dirinya di atas kejadian tersebut.

“Selepas kejadian itu, beberapa mangsa yang terselamat dan ahli keluarga telah mengutuk saya di tempat kejadian (tanah runtuh). Saya faham dan apa yang boleh saya lakukan ialah menundukkan kepala dan membiarkan mereka melepaskan diri,” katanya.

Untuk pengetahuan semua, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menyenaraikan kawasan tanah runtuh yang terjadi di Batang Kali itu sebagai lokasi kritikal pada September lalu.

Walau bagaimanapun, Frankie berkata bahawa dia tidak pernah menerima apa-apa surat ataupun sebarang maklumat mengenai maklumat tersebut.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca