Dakwa Sugu Pavithra Keliru Dengan Stesen Televisyen, Pengacara Ini Tampil Mohon Maaf

Pengacara Anim Ezati Rizki tampil memberi penjelasan selepas dikecam hebat warganet gara-gara mendakwa terkejut apabila YouTuber terkenal, Sugu Pavithra menetapkan bayaran sehingga RM10,000 bagi sebuah program masakan selama satu jam.

Anim menghubungi Pavithra untuk menawarkan projek berkenaan tetapi ia adalah untuk syarikat miliknya.

Guys, anda perlu tahu dua benda ini sebelum menyerang saya. Saya bukan daripada stesen televisyen seperti yang didakwa. Saya menghubungi Sugu Pavithra sebagai wakil syarikat untuk content YouTube klien saya.

Saya juga tidak pernah memaksa Pavithra untuk menerima job ini. Saya cuma hubungi Pavithra dua kali sahaja. Semasa saya hubungi Pavithra buat kali pertama, Encik Sugu angkat panggilan tersebut tetapi isterinya tidak ada pada waktu itu.

Menerusi panggilan kedua pula, saya sampaikan hasrat kepada Pavithra untuk menjadikan dirinya sebagai talent dan dia berkata kadar bayarannya ialah RM10,000.

Saya menjelaskan bahawa ia melebihi bajet klien kemudian kami tamatkan perbualan,” ujarnya.

Meskipun sedar Instagram story yang dimuat naik olehnya telah mengundang kemarahan warganet, Anim berkata dia juga berhak bersuara tentang kadar bayaran yang ditetapkan oleh YouTuber tersebut.

“Saya buat Instagram story yang telah mendatangkan kemarahan orang ramai kerana saya sebut nama Sugu Pavithra. Saya minta maaf mengenai perkara tersebut.

Apa salahnya kalau rate dia RM10,000? Orang yang tidak mampu macam saya bolehlah cari talent lain, betul tak? Itu hak dia. Pada masa yang sama, saya rasa itu merupakan hak saya juga untuk upload Instagram story berkenaan.

Saya hubungi Pavithra dan memohon maaf. Pavithra minta maaf kepada saya kerana kenyataan yang dikeluarkan olehnya sebelum ini adalah salah. Suami dia yang mengeluarkan kenyataan berkenaan jadi dia akan betulkan semula semua dakwaan.

Stesen televisyen yang mahu membuat penggambaran dengan dia dan saya merupakan dua entiti yang berbeza. Dia keliru tentang itu,” tulisnya lagi.

Pada pendapat anda, adakah ia satu tindakan wajar untuk YouTuber terbabit menetapkan kadar bayarannya dengan jumlah itu?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Sugu Pavithra, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca