Seorang usahawan pencuci mulut telah menerima kecaman hebat baru-baru ini selepas meluahkan perasaan tidak puas hati dengan layanan pekerja di sebuah pasar raya terkenal.
Wanita itu telah berbelanja sehingga RM5,000 tetapi dipercayai berasa kecewa dengan layanan daripada pekerja pasar raya tersebut.
Usahawan pencuci mulut terkenal itu terkilan kerana terpaksa menolak troli berisi barangan dibelinya ke van semula tanpa sebarang pertolongan daripada pekerja pasar raya itu.
Selepas menerima kecaman hebat daripada warganet, wanita itu memuat naik permohonan maaf di laman TikTok kerana kesilapannya yang telah meluahkan rasa kesal terhadap staf pasar raya itu.
Sekiranya anda menonton video tersebut, wanita berkenaan menjelaskan bahawa dia tidak memaki staf terbabit tetapi hanya meminta tolong kerana tidak cukup tangan.

“Kieda mengaku salah Kieda sebab Kieda terlampau kecewa dan luahkan perasaan kecewa saya sebagai seorang pelanggan.
Kieda salah juga sebab minta tolong. Bukan Kieda maki orang. Kieda minta tolong staf untuk hantar troli kami ke pintu pasar raya itu sebab kami parking van di sana.
Selama Kieda pergi beli barang kat sana, memang akan ada dua orang abang Melayu kita dan seorang warga asing yang selalu tolong kami tetapi mereka tiada pada waktu itu.
Untuk kes ini, saya betul-betul minta maaf. Kieda mengaku silap Kieda sebab saya terlampau kecewa.
Kieda bukan maki staf depa (mereka) cuma Kieda minta ‘tolong’ saja. Kieda selalu support. Tipulah kalau tak terasa hati. Sekali lagi Kieda minta maaf,” ujarnya.
Apa pendapat anda? Anda boleh tonton video penuh di sini.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: