Dakwa Rantai Kayu Putih Mampu Ubati Pesakit COVID-19, Menteri Indonesia Ini Dikecam Teruk

Menteri Pertanian Indonesia, Syahrul Yasin Limpo menerima kecaman hebat daripada pakar kesihatan dan orang ramai selepas mendakwa rantai kayu putih berupaya untuk membantu mencegah penularan wabak COVID-19.

Sumber: Liputan6

Syahrul Yasin dilaporkan berkata rantai tersebut mampu ‘memb*nuh’ kebanyakan koronavirus sekiranya dipakai dalam tempoh masa 30 minit.

Sumber: Hai Bunda

Memetik laporan The Guardian, Syahrul Yasin sebelum ini mengatakan bahawa selain rantai tersebut, roll-on dan alat penyedut (inhaler) juga akan dihasilkan secara besar-besaran oleh kementerian tersebut pada Ogos depan.

Selepas menerima kecaman teruk daripada pakar-pakar penyakit berjangkit, kementeriannya mengambil keputusan untuk menarik balik kenyataan berkenaan dan berkata produk tersebut tidak akan sesekali diiklankan sebagai produk yang mampu mencegah atau menyembuhkan seseorang daripada wabak COVID-19.

Sebaliknya, Ketua Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan kementerian itu iaitu Fadjry Djufry mengatakan bahawa ia akan diiklankan sebagai produk herba.

Menteri Kesihatan republik itu, Terawan Agus Putranto bagaimanapun terus mempertahankan ‘keberkesanan’ rantai tersebut.

Beliau dilaporkan memberitahu media tempatan bahawa orang ramai yang memakai rantai tersebut akan berasa lebih yakin selain ia mampu meningkatkan sistem ketahanan tubuh badan.

Untuk rekod, setakat tengah hari Rabu (8 Julai 2020), Indonesia telah merekodkan 66,226 kes positif jangkitan COVID-19 dan 3,309 kes kematian sekali gus menjadikan negara tersebut paling teruk terjejas di Asia Tenggara.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca