Walaupun Malaysia sudah merekodkan jumlah pemberian suntikan vaksin yang tinggi, teori konspirasi golongan antivaksin juga terus tumbuh seperti cendawan selepas hujan.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook mendakwa 5G adalah senjata terbaharu yang dibangunkan. Pengguna Facebook itu turut berkata dalam ruangan kapsyen, “5G adalah senjata yang halus dan ia bukan konspirasi lagi. Selamat datang ke alaf baharu.”

Hantaran di Facebook itu berjaya mencuri perhatian orang ramai di mana ada yang berkata kita kini dikepung dengan senjata biologi yang akan diaktifkan menggunakan vaksin yang dicucuk oleh orang ramai.

Ada juga pengguna Facebook yang mendakwa matlamat teknologi 5G adalah untuk mengurangkan populasi dunia dan individu yang telah menerima suntikan vaksin akan ‘dikawal’ oleh teknologi ini.

Bukan sahaja di Facebook, dakwaan tanpa bukti kukuh itu turut mencuri perhatian pengguna Twitter. Rata-rata pengguna Twitter seolah-olah tidak menyangka bahawa wujud golongan yang menyangka teknologi 5G dibangunkan untuk mengawal manusia yang sudah mendapatkan vaksin.
Tidak berhenti di situ, seorang pengguna Twitter lain turut berkongsi satu video berdurasi selama 23 saat di mana seorang lagi mempersoalkan kesan sampingan yang boleh membawa kepada kelahiran zombi di Malaysia.
“Kalau 30 tahun lagi baru ada kesan sampingan, kemungkinan kami akan jadi zombi siapa nak jawab? Ini adalah apa yang berlaku apabila kita mula mengkaji kerana kita tidak tahu kesan sampingan itu,” ujarnya.
Tidak pasti apa yang sedang ‘dikaji’ oleh lelaki itu tetapi video berkenaan turut tular di laman Twitter. Walaupun begitu, ia tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu bercakap tentang vaksin atau sebaliknya.
Menerusi salah satu komen yang muncul dalam video itu, seorang lelaki telah meminta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantu pekerja yang dipaksa oleh premis atau tempat kerja mereka untuk mengambil suntikan vaksin. Anda boleh tonton video penuh di bawah.
Nah terpaling konspirasi hasil ‘mengkaji’ 30 tahun lagi kita jadi zombie katanya 🤣 pic.twitter.com/l2yp6Whhqq
— Jam Havertz (@yungjamm) August 10, 2021
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: