Dakwa Pemanah Negara Temui Ajal Kerana Vaksin, Wanita Ini Kini Diburu Polis

Sebuah video yang memaparkan seorang wanita berhujah tentang vaksin tular di media sosial sejak Sabtu lalu. Wanita berkenaan turut mendakwa pemanah negara iaitu Allahyarham Haziq Kamaruddin menghembuskan nafas terakhir kerana darah tersumbat selepas ambil vaksin AstraZeneca.

Menurut wanita itu lagi, dia mendakwa telah memperoleh maklumat berkenaan daripada ibunya dan majikan ibu gadis tersebut yang merupakan seorang doktor pakar di sebuah hospital ternama dekat Subang Jaya, Selangor.

“Saya kata apa yang tahu daripada ibu dan majikannya yang merupakan doktor pakar. Saya dengar apa dia cakap. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata arwah Haziq meninggal dunia kerana saluran darah beliau tersumbat.

Sumber: Malay Mail

Punca sebenar pemergian beliau adalah darah beku kerana vaksin. Ini doktor majikan ibu saya yang cakap. Kerajaan dan pihak KKM sendiri tidak beritahu kesan vaksin itu kepada rakyat Malaysia. Takkanlah nak bagitahu. Sekiranya mereka beritahu punca sebenar, anda akan takut untuk ambil vaksin,” ujarnya.

Wanita itu juga turut dilihat seolah-olah mempelawa orang ramai untuk tidak mengambil vaksin dalam video berkenaan. Selepas video itu tular, gadis dikenali dengan nama Aqila Yusri itu kini diburu pihak polis kerana ada pihak yang tampil membuat laporan.

Sumber: Twitter @tengkunurlissa

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kajang iaitu Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya telah menerima laporan rakaman video yang dikatakan memaparkan berita palsu daripada seorang pelajar perempuan itu pada 22 Mei lalu.

“Siasatan awal mendapati rakaman video itu telah dimuat naik menerusi status WhatsApp Aqila Yusri dan juga dalam Instagram penama.

Hasil penelitian dalam video itu mendapati seorang wanita berkata pemergian Allahyarham Haziq berpunca daripada saluran darah tersumbat selepas ambil vaksin berkenaan. Malah, terdapat juga dakwaan bahawa KKM melaporkan jumlah kes positif yang tidak tepat,” ujarnya.

Mohd Zaid berkata kes penularan berita palsu itu akan disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak menularkan maklumat yang kurang sahih di media sosial kerana ia dikhuatiri menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Menerusi akaun Instagram, Aqila dilihat telah membuat permohonan maaf kerana telah menimbulkan salah faham kepada semua pihak. Anda boleh baca permohonan maaf Aqila di bawah.

Sumber: Instagram @aqilayusri

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca