Search
Close this search box.

Dakwa Pelajarnya Boleh Menetaskan Telur Guna Kuasa Minda, Sekolah Ini Diarah Tutup

Tetas telur guna kuasa minda

Sebuah sekolah vokasional di China telah diarah tutup setelah pengetua sekolah itu sendiri mendakwa bahawa pelajarnya boleh menetaskan telur ayam guna kuasa minda.

Guo Ping, yang juga merupakan pengasas Sekolah Latihan Vokasional Chunlin itu telah menerbitkan jurnal di Pictorial Geography mengenai perkara tersebut.

Menurut portal berita South China Morning Post, Guo Ping melaporkan dia sedang memimpin pelajar ‘istimewa’ yang mampu menetaskan telur rebus.

Dia juga mendakwa satu daripada tujuh telur yang direbus sebagai eksperimen berjaya ditetaskan dengan menggunakan ‘kuasa dan tenaga minda’.

Jurnal itu melaporkan bahawa eksperimen tersebut disaksikan oleh tujuh murid, enam orang ibu bapa dan dua orang profesor.

“Walaupun kadar kejayaannya hanya 14.3 peratus, kami yakin bahawa kami mampu peroleh hasil yang lebih baik di masa hadapan,” nyata jurnal itu.

Guo berkata untuk menetaskan telur berkenaan, rahsianya adalah dengan menumpukan perhatian dan konsentrasi kepada telur itu.

Jurnal tersebut menjadi sebuah skandal nasional setelah tular di media sosial China dan dipersoalkan bagaimana ianya boleh diterbitkan sama sekali.

Menurut People’s Daily, sebuah surat khabar rasmi kerajaan China, ini bukanlah kali pertama Guo menerbitkan tuntutan yang pelik. 

Jurnal sebelum ini merangkumi cara menanam pucuk dari kacang yang dimasak dan juga cara untuk membuat objek menembusi dinding.

Pada awalnya Guo mahu membela dirinya namun dia telah meminta maaf dan berundur daripada jawatannya setelah dikecam hebat.

Manakala, sekolah vokasional yang terletak di Zhengzhou itu telah ditutup untuk dilakukan ‘pembetulan’, menurut pihak berkuasa tempatan.

Pihak berkuasa juga telah memberhentikan penerbitan Pictorial Geography untuk menyiasat bagaimana jurnal Guo boleh diterbitkan.

Menurut South China Morning Post lagi, siasatan awal mendapati jurnal itu telah dibayar untuk diterbitkan.

Salah satu agensi berita kerajaan, Xinhua melaporkan bahawa Pengarah Pictorial Geography turut meletakkan jawatannya susulan kes ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca