Dakwa Dirinya Terima Layanan Tidak Wajar Daripada JAIS, Ini Kenyataan Sajat

Sebut sahaja nama Nur Sajat, pastinya semua orang mengenali usahawan kosmetik yang sering dilanda kontroversi ini. Baru-baru ini, video memaparkan Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sedang menangis teresak-esak dan digari tular di media sosial.

Walau bagaimanapun, Sajat ataupun mana-mana pihak yang terlibat tidak memberi apa-apa penjelasan sehingga ia menimbulkan spekulasi dalam kalangan warganet selepas akaun Instagram usahawan kosmetik sensasi berkenaan pula ‘hilang’ daripada media sosial.

Selepas pelbagai desas-desus timbul berkenaan dirinya, Sajat akhirnya mengaktifkan semula akaun Instagram dan turut memuat naik sebuah video panjang berdurasi 38 minit. Dalam video tersebut, Sajat menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya pada 6 Januari lalu.

Sumber: Instagram @nursajat23

Sajat berkata bahawa semuanya bermula daripada sebuah kes terdahulu melibatkan dirinya dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 23 Februari 2018.

Sajat telah mengadakan satu majlis bacaan doa selamat dan Yasin bersama anak-anak tahfiz di wismanya dekat Seksyen 16, Shah Alam. Walaupun begitu, majlis berkenaan telah menerima kecaman hebat daripada orang ramai.

Terdapat pihak yang telah melaporkan hal tersebut kepada JAIS kerana kurang bersetuju dengan apa yang dilakukan Sajat. Pendek cerita, Sajat diminta hadir pada 6 Januari lalu untuk memberi keterangan berhubung perkara tersebut di pejabat JAIS.

Untuk pengetahuan anda, ia kemudiannya membawa kepada sebuah ‘tragedi.’ Mana tidaknya, Sajat berkata bahawa hak dirinya sebagai seorang manusia yang memberi kerjasama telah direman.

Menerusi video tersebut, Sajat berkata bahawa dia telah dikasari, digari tangannya dan ditahan reman di Pusat Tahanan Sementara dekat Kuala Kubu Bharu semasa memberi keterangan di JAIS.

“Saya digari dan dikasari dengan kata-kata serta tindakan. Tangan-tangan dan badan-badan saya bengkak kerana wujudnya pergelutan ketika saya mempertahankan diri akibat tidak mahu digari,” jelasnya.

Sumber: Instagram @nursajat23

Dalam pada itu, Sajat yang kini sudah dibebaskan berkata bahawa dia sangat kesal dengan apa yang berlaku dan mahu dirinya diberikan hak kebebasan seperti manusia lain juga.

“Saya berhak diberi hak asasi kemanusiaan untuk hidup seperti manusia lain juga. Saya amat sedih dan kecewa dengan kejadian ini kerana insiden tersebut telah meninggalkan kesan kepada perniagaan dan mental saya,” tambahnya.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet mempunyai reaksi berbeza terhadap pendedahan Sajat:

Pada pendapat anda, adakah Sajat layak menerima layanan sedemikian rupa atau sebaliknya?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Sajat, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca