Dakwa Dirinya Santa Claus, Pedofil Ini Godam CCTV Di Bilik Seorang Kanak-Kanak

Naluri seorang ibu bapa adalah untuk memastikan cahaya mata mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat. Salah satu caranya adalah dengan meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) di dalam bilik kanak-kanak tersebut.

Namun, siapa sangka tindakan itu akhirnya memakan diri mereka sendiri apabila anak perempuan pasangan itu diganggu oleh seorang penggodam?

CNN melaporkan, ibu kepada kanak-kanak berusia lapan tahun berkenaan iaitu Ashley LeMay berkata bahawa dia memasang kamera tersebut untuk memastikan anaknya berada dalam keadaan selamat apabila dia bekerja pada waktu malam.

Empat hari selepas kamera itu dipasang, Alyssa terdengar sebuah lagu berkumandang di dalam bilik tidurnya.

Walaupun dirinya berada dalam keadaan gemuruh, Alyssa tetap memberanikan diri untuk bertanya, “Siapakah yang memainkan lagu tersebut?”

Si penggodam itu memberikan jawapannya menerusi pembesar suara kamera, “Saya ialah kawan baik kamu. Saya Santa Claus. Kamu tidak mahu menjadi rakan baik saya?”

Tidak berhenti di situ, dia turut menggalakkan kanak-kanak itu untuk memusnahkan biliknya!

Mujurlah, Ashley dapat hentikan gangguan yang dilakukan kepada anaknya itu dalam kadar segera dengan menyahaktifkan kamera litar tertutup tersebut.

Walaupun kejadian itu berlaku di Amerika Syarikat, insiden berkenaan merupakan sebuah amaran kepada semua orang untuk sentiasa mengubah kata laluan kerana semuanya boleh diakses melalui internet.

Dalam pada itu, anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca