Dakwa Dirinya Positif COVID-19, Lelaki Di Manchester Ini Ludah Polis

Seorang lelaki yang dipercayai tertekan dengan pelaksanaan perintah berkurung di Manchester, England telah bertindak dengan meludah sambil menjerit dirinya penghidap COVID-19.

Lelaki yang dikenali sebagai Jamie Mc Adam itu meludah beberapa kali ke arah seorang anggota polis dan pengawal keselamatan yang membantunya dengan niat mahu menjangkiti mereka.

Menurut laporan Mirror, anggota polis dan pengawal keselamatan itu pada mulanya ingin membantu Jamie yang sedang terbaring di atas jalan raya yang sesak dengan kenderaan.

Namun sebaliknya berlaku apabila Jamie bertindak ganas dengan meludah dan menjerit.

“Saya menghidap koronavirus, saya harap awak maut disebabkannya,

Saya memang menghidapinya, saya telah pergi ke hospital.

Saya menghidap koronavirus dan telah didiagnosis dengannya. Lihatlah, saya akan jangkitkan awak,” jeritnya lagi sebelum ditangkap.

Menurut lelaki berusia 31 tahun itu, ibunya merupakan salah seorang korban akibat COVID-19 dan kakaknya sedang berada dalam unit rawatan rapi (ICU).

Dia akhirnya ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara setelah mengaku bersalah di Mahkamah Manchester Crown di England.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca