Dakwa Dirinya Hamil, Lucinta Luna Turut Tayang ‘Baby Bump’ Pada Hari Raya

Baru-baru ini, penyanyi dangdut Indonesia iaitu Lucinta Luna menjadi bualan ramai selepas mendakwa dirinya berbadan dua. Lucinta membuat pengumuman tersebut menerusi sebuah video di laman Instagram.

Video itu menerima kecaman hebat daripada rata-rata warganet di Indonesia yang menganggap Lucinta sengaja mahu mencipta publisiti untuk meraih perhatian ramai.

Selepas tiga minggu berkongsi berita ‘kehamilan’ beliau kepada orang ramai, Lucinta tiba-tiba memuat naik beberapa keping foto yang mempamerkan baby bump di laman Instagram sempena Aidilfitri.

Sumber: Instagram Lucinta Luna

Penyanyi Bobo Di Mana itu siap buat video menari bersama ahli keluarganya lagi sempena hari raya kedua dengan perutnya yang ‘kembung’ itu.

Dalam pada itu, tinjauan kami di ruangan komen mendapati rata-rata warganet minta Fatah untuk bertaubat dan segera berhenti membuat penipuan yang tidak logik kerana bentuk perut beliau tidak konsisten dalam beberapa hantaran di laman Instagram:

“Saya perasan dia baru hamil kelmarin tetapi macam mana pula perut dia besar seperti kandungannya sudah memasuki lima sehingga enam bulan?”

“Tak natural sangat bohongnya. Baru tahu diri sendiri berbadan dua kelmarin tetapi perutnya sudah sebesar itu.”

“Pasti hamil pakai soda penaik kerana ia cepat mengembang.”

Sumber: Instagram Lucinta Luna

Pada masa yang sama, mereka turut mengejek Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah ini sebagai penipu dan suka mencari perhatian orang ramai. Apa pendapat anda berkenaan perkara ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Lucinta Luna, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca