Dakwa Diri Wanita Tertua Dunia, Fotima Mirzokulova Meninggal Pada Usia ‘126 Tahun’

Seorang wanita yang didakwa merupakan perempuan paling tua dalam dunia disahkan telah meninggal dunia pada usia 126 tahun di Tajikistan.

Menurut pasport miliknya, Fotima Mirzokulova dilahirkan pada 13 Mac 1893 dan dipercayai merupakan wanita terakhir dunia yang lahir pada abad ke-19.

Fotima meninggalkan lapan orang anak dan lebih daripada 200 cucu, cicit dan piut.

Jenazah wanita berkenaan dilaporkan dikebumikan di sebuah tanah perkuburan di Dakhana berdekatan sempadan Uzbekistan pada Sabtu lalu.

Menurut laporan media tempatan, Fotima enggan berhenti bekerja di sebuah ladang di mana kapas dituai meskipun sudah lama bersara kerana dia terlalu sayangkan pekerjaannya itu.

Sementara itu, wanita tertua dunia yang diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness adalah Jeanne Louise Calment dari Perancis. Beliau walau bagaimanapun, sudah meninggal dunia pada usia 122 tahun pada bulan Ogos 1997.

Kini, rekod dunia bagi perempuan tertua dan masih hidup dipercayai dipegang oleh Kane Tanaka, 117, yang berasal dari Jepun.

Untuk membaca artikel lain berkaitan rekod dunia, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca