Dakwa Diri Sukar Tidur Malam, Instafamous Ini Jemur Alat Sulit Di Bawah Sinar Matahari

Beberapa keping foto yang telah dimuat naik oleh seorang wanita menjadi tular dalam kalangan pengguna Twitter dan Instagram.

Apa yang mengejutkan adalah apabila foto tersebut jelas memperlihatkan tindakan wanita itu yang sedang berjemur di sebuah puncak gunung dalam keadaan berbogel.

Menerusi gambar yang dikongsi, wanita itu juga dilihat mengangkatkan kedua-dua belah kakinya ke udara sambil menjemurkan alat sulitnya di bawah sinar pancaran matahari.

Rata-rata warganet amat terkejut dengan perlakuan wanita berkenaan. Perkongsian foto yang pada awalnya dimuat naik menerusi laman Instagram kemudian disebarkan oleh seorang pelayar di Twitter. Posting yang dimuatnaik menerusi Twitter itu telah menerima 90,000 tanda suka dan 2,000 komentar warganet.

Menyedari kekecohan isu tersebut, wanita yang bernama Meagan segera menyatakan bahawa perbuatan itu merupakan sebuah ritual bagi mendedahkan bahagian perineum kepada pancaran matahari selama lima minit setiap hari.

Jelas wanita yang berasal dari California ini, 30 saat ritual yang dilakukan adalah bersamaan dengan berjemur di bawah cahaya matahari selama satu hari dengan berpakaian. Oleh itu, untuk memperoleh hasil yang terbaik, ritual ini akan dijalankan sekitar jam 7 hingga 9 pagi.

Bagaimanapun, seorang pengguna media sosial yang bekerjaya sebagai seorang doktor meluahkan pandangannya dengan berkata bahawa, “Tiada lagi bukti setakat ini tentang berjemur di bawah sinar matahari mampu memberi kesan ke atas kesejahteraan fizikal manusia.”

Tambahnya lagi, kelebihan mengamalkan meditasi sememangnya baik dan bagus untuk seseorang, namun kaedah menjemurkan alat sulit di bawah sinar matahari tidak menjanjikan manfaat kerana ia berpotensi merosakkan kulit individu.

Jadi, ada dalam kalangan pembaca yang sanggup untuk bermeditasi seperti wanita tersebut?

Sudah tentu, tidak.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca