Dakwa Diri Mangsa Keganasan Rumah Tangga, Bekas Suami Cleopatra Tampil Jelaskan Keadaan Sebenar

Sebelum ini, wanita jelita yang dikenali sebagai Cleopatra pernah tular berikutan dakwaan warganet yang menyatakan bahawa dirinya merupakan seorang pembantu peribadi kepada Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq.

Tidak cukup dengan itu, dia juga didakwa oleh warganet sebagai satu daripada golongan transgender. Walau bagaimanapun, ibu tunggal kepada dua orang anak ini telah pun menjelaskan identiti sebenarnya kepada seluruh warganet.

Bahkan, Syed Saddiq juga sudah menepis khabar angin tentang dakwaan semberono warganet. Namun begitu, wanita jelita ini sekali lagi terjebak dengan isu rumah tangga pertamanya yang terdahulu. Kisah yang cuba dikongsikan menerusi akaun Instagram wanita ini secara tidak langsung meraih perhatian para warganet.

https://www.instagram.com/p/B409ef0JHZ0/?utm_source=ig_embed

Menurut Cleopatra, perkahwinan pertama dengan bekas suaminya itu tidaklah seindah seperti yang digambarkan. Ini kerana, dia mendakwa bahawa dia sering diseksa oleh suami sendiri.

Menerusi perkongsian itu, mesej yang ingin disampaikan oleh Cleopatra sebenarnya bukanlah bertujuan untuk membuka aib atau pekung di dadanya. Namun, motif cerita itu dimuat naik adalah untuk dijadikan sebagai inspirasi kepada seluruh wanita terutama sekali yang ditindas sebagaimana yang pernah dirasakan olehnya sewaktu dahulu.

Lebih memeranjatkan apabila posting itu secara tidak langsung bukan sahaja menarik perhatian para warganet, namun perkongsian itu turut diketahui oleh bekas suaminya iaitu Nasir Yaacob sehingga membuatkan lelaki ini terpanggil untuk membalas kenyataan yang dimuat naik oleh wanita itu.

Menurut Nasir Yaacob, dakwaan seolah-olah menyatakan Cleopatra sebagai mangsa keganasan rumah tangga adalah sama sekali tidak benar. Kesemua kesan lebam dan surat pengesahan yang dikeluarkan oleh pihak perubatan juga adalah palsu semata-mata.

Jelas Nasir, dia pernah meminta bekas isterinya itu untuk melakukan pemeriksaan di hospital kerajaan namun wanita itu enggan melaksanakannya. Tidak cukup dengan itu, dia turut meluahkan rasa terkilannya apabila segala usaha dan pengorbanan yang pernah dilakukan untuk wanita itu seakan tidak dihargai malah terus dihina.

Susulan daripada perkongsian tersebut, kebanyakan warganet dilihat turut bertindak balas terhadap posting berkenaan di ruangan komen. Rata-rata daripada mereka memahami perasaan Nasir Yaacob sambil memberikan kata-kata yang sangat bermotivasi.

Rumusnya, kenanglah setiap kebaikan yang manusia lakukan kepada kita walau sekecil zarah sekalipun. Meskipun, kebaikan itu lebih sedikit berbanding kejahatan yang dilakukan, namun berbaiklah kita sesama manusia.

Artikel Lain Untuk Di Baca