Dakwa Diri Jadi Mangsa ‘Deepfake’, Zul Ariffin Tampil Buka Mulut Tentang Isu Video Lucah

Nama pelakon terkenal tanah air, Zul Ariffin hangat diperkatakan warganet selepas satu rakaman video lucah yang memaparkan seorang lelaki mirip pelakon berusia 33 tahun itu mula tular di laman Twitter pada awal pagi Rabu. Ramai yang mendakwa rakaman tersebut adalah asli dan bukannya disunting seperti yang dikatakan segelintir peminat.

Lebih menguatkan lagi dakwaan tersebut, aktor yang terkenal menerusi drama berjudul Setelah Ku Dimiliki itu bertindak menyahaktifkan akaun Instagramnya selepas rata-rata peminat mula menyerangnya di ruangan komen untuk mendapatkan penjelasan.

Kecewa dengan segala kecaman yang dilemparkan terhadapnya, pelakon berbadan sasa itu akhirnya tampil membuka mulut kepada sebuah portal hiburan.

Menurut Zul Ariffin, ini bukanlah kali pertama dia terkait dengan isu sebegini dan menegaskan dia telah menjadi mangsa ‘deepfake’.

“Sedangkan muka Mark Zuckerberg pun orang boleh ‘deepfake’, inikan pula saya,” jelas Zul Ariffin.

“Senang sangat nak cari visual saya untuk buat ‘deepfake’ ini,” katanya lagi.

Tambah aktor berketinggian 183 sentimeter itu, dia tidak sangka dirinya akan menjadi mangsa kepada individu yang tidak bertanggungjawab.

“Tak sangka kali ini saya pula menjadi mangsa. Ingatkan benda-benda macam ini orang buat dekat ahli politik sahaja,” katanya dalam nada kecewa.

Bagi mereka yang tidak tahu apa itu ‘deepfake’, ia merupakan satu teknologi yang mampu menggantikan wajah seseorang dengan individu lain dalam sebuah klip video.

Dalam pada itu, Zul Ariffin mengakui berasa sedih kerana telah menjadi mangsa teknologi. Pada masa yang sama, dia berharap agar selebriti lain lebih berhati-hati kerana sesiapa sahaja mampu menerima nasib yang sama sepertinya.

“Saya harap, dengan kejadian ini, artis lain juga harus lebih berhati-hati,” katanya.

Apa-apa pun, kami harap agar penjelasan di atas dapat membersihkan nama aktor kacak ini.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca