Dakwa Dilamar Makhluk Halus Dengan Cincin Berlian, Wanita Ini Bakal Kahwini Hantu Tentera

Seorang wanita dari Oxfordshire, England mendakwa sedang dilamun cinta dengan hantu dan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Brocarde yang merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu mendakwa dia pertama kali ‘bertemu’ dengan Eduardo di rumahnya pada tengah malam.

Pada pertemuan pertama mereka, wanita itu dipercayai mengalami kesukaran untuk tidur kerana mempunyai perselisihan faham dengan rakan baiknya.

Sumber: Daily Star

Eduardo ialah roh seorang tentera yang berkhidmat ketika zaman Victoria dan mendiang dipercayai meninggal dunia pada usia 35 tahun selepas lelaki itu terjatuh ke dalam perigi.

Menurut Brocande lagi, mereka akan berkahwin selepas sebentuk cincin berlian muncul secara misteri di atas bantalnya dalam satu lamaran romantis.

‘Hantu’ itu sebelum ini pernah menghukum wanita berusia 38 tahun itu kerana mendedahkan percintaan bukan konvensional mereka kepada umum. Eduardo kemudiannya meninggalkan Brocarde dan mengabaikan percubaan wanita berkenaan untuk berkomunikasi dengannya.

Walau bagaimanapun, Brocarde telah berjaya memenangi kembali cinta Eduardo dengan menulis lagu romantis buat kekasihnya pada Halloween.

Sumber: Daily Star

“Pada malam Halloween, saya menulis lagu buat Eduardo sebagai usaha untuk memenangi hatinya semula. Saya letak ratusan kelopak bunga mawar dan nyalakan berdozen-dozen lilin dalam bilik serta menghabiskan masa selama berjam-jam menghasilkan bankuet untuk Eduardo.

Saya membuat keputusan untuk menghasilkan hidangan moden untuk Eduardo. Saya masak burger keju dan kentang goreng. Saya baru tahu yang hantu suka susu kocak coklat!

Selepas selesai masak, saya terus menyanyi dan menunggu Eduardo muncul. Apabila Eduardo muncul, cahaya lilin akan berkelip-kelip,” ujarnya.

Brocarde mendakwa setiap lilin dalam bilik itu tiba-tiba padam dengan sendirinya ketika dia menyanyi dan wanita itu mula menari.

“Saya dapat rasakan tangan Eduardo di belakang saya ketika kami menari. Saya teruskan menyanyi dan lilin itu menyala semula. Eduardo menyanyi bersama-sama saya dengan menyalakan api selepas setiap baris.”

Sumber: Daily Star

Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca