Beberapa video dirakam oleh seorang wanita menjadi bualan ramai di media sosial apabila dia kerap mendakwa semua orang Melayu dan India yang bertemu dengannya kerap ‘mengganggu’ dirinya.
Wanita tersebut dianggap rasis kerana hanya fokuskan pada dua kaum sahaja iaitu Melayu dan India. Ramai orang juga tidak berpuas hati kerana semua video wanita berkenaan kerana perkara yang didakwa oleh dirinya tidak berlaku.

Namun, apa yang lebih mengundang kemarahan orang ramai adalah individu yang berada dalam semua video wanita tersebut tidak tahu mereka dirakam untuk dijadikan konten:
Had a look at her youtube channel.
— Sayang ❤️ (@karipapcendol) April 27, 2021
Beow Tan would just randomly take a video of a malay and then put on caption ‘Malay harassing Chinese’
Didn’t just happen to one person, but a lot.
Sick in the head.
LOL I have too much free time that I've read the description for every videos that auntie uploaded. One thing I could say, something wrong with her head. She has issue even when Malay walks near her hahaha. Good that you and your family are okay, already done reporting the video! pic.twitter.com/FbH1fC3VDu
— Raffle | ラフレシア 🌸 (@KeffleWaffle) April 27, 2021
watched some of her videos on YT. I mean WHATS WRONG WITH PEOPLE STANDING BESIDE YOUU THAT YOU HAVE TO RECORDED THEM LIKE THEY HARASSING YOU???!!! clearly this is racistttt, not people but this auntie 😂😂 plus mental illness alsoo
— icholkpn♔ (@icholkpn) April 27, 2021
Dalam pada itu, tindakan wanita itu sedikit sebanyak telah membuatkan ramai orang terutamanya kaum Cina di Singapura berasa malu.
Menerusi satu bebenang di laman Twitter, salah seorang ‘mangsa’ bernama Ismail Tahir telah meminta maaf sekiranya wanita itu berasa terganggu dengan dirinya dan keluarga apabila mereka sedang memilih mentega kacang di sebuah pasar raya.
My family & I have been receiving multiple texts alerting us of this viral video which was released by the viral Hwa Chong educated lady on her YT channel. We just want to put on record that we were very engrossed by our selection of peanut butter that we didn’t notice it… pic.twitter.com/IlyeDgJu79
— Ismail Tahir (@EizAly) April 26, 2021
Lelaki itu menyatakan bahawa beliau telah menerima banyak permohonan maaf daripada rakan-rakan Cina bagi pihak wanita terbabit kerana insiden seperti itu berlaku kepada dirinya.
Ismail menjelaskan bahawa beliau hanya sedar dirinya dirakam selepas seketika kerana terlalu sibuk memilih mentega kacang. Apabila sedar dirinya dan keluarga dirakam, Ismail hanya membiarkan perkara itu dan tidak berfikir banyak tentang insiden berkenaan.
Tambah Ismail lagi, beliau berasa sedih kerana wanita tersebut mempunyai perasaan seperti itu terhadap mereka sekeluarga. Oleh itu, Ismail meminta maaf sekiranya mereka sekeluarga membuatkan wanita itu kurang selesa.
Pihak YouTube difahamkan telah memadam saluran wanita tersebut kerana telah melanggar polisinya yang melarang konten mengganggu, menggertak atau mengancam. Apa pendapat anda tentang isu ini?
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: