Dakwa COVID-19 Bermula Dari Barcelona, China Kini Tuding Jari Pada Sepanyol

Seperti yang semua sedia maklum, penularan COVID-19 yang mengancam sebahagian besar masyarakat dunia ketika ini dikesan bermula dari Wuhan, China.

Walau bagaimanapun, tindakan lewat yang diambil oleh kerajaan China untuk membendung penularan COVID-19 ini telah menyebabkan mereka menerima kecaman hebat daripada beberapa kuasa besar dunia.

Oleh itu, China cuba mengalihkan kecaman yang dilemparkan oleh masyarakat dunia terhadap mereka dengan mendakwa COVID-19 mungkin bermula di Sepanyol.

white and yellow van on road during daytime

Seorang penyelidik terkemuka China mendakwa pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ‘mencari’ punca penularan wabak itu di negara yang salah.

Untuk pengetahuan, dakwaan Dr. Wang Guangfa ini muncul beberapa hari sebelum WHO memulakan misi penyiasatan di Beijing untuk menentukan punca penularan COVID-19.

Beliau yang merupakan seorang pakar pernafasan Universiti Peking ini mendakwa WHO seharusnya melakukan penyiasatan di Barcelona dan bukannya Wuhan.

Menurut Guangfa, pasukan virologi dari University of Barcelona, Sepanyol berjaya mengesan wabak tersebut menerusi sampel yang diambil dari air kumbahan beku pada 12 Mac 2019 iaitu sembilan bulan sebelum wabak tersebut mula dikesan di China.

man in white thobe walking on sidewalk during daytime
Gambar di atas hanya sekadar hiasan

Dalam pada itu, para saintis Itali juga telah menemui bukti wabak itu berada dalam sampel kumbahan di Milan dan Turin sekitar pertengahan Disember iaitu beberapa minggu sebelum kes pertama dikesan.

Dr. Tom Jefferson, pakar Universiti Oxford mendakwa perkara-perkara aneh seperti ini terjadi seperti selesema Sepanyol pada tahun 1918.

Untuk rekod, Wuhan telah lama dikenal pasti sebagai lokasi penyebaran wabak berkenaan yang didakwa berpunca dari sebuah pasar di wilayah berkenaan yang menjual makanan eksotik seperti kelawar.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan punca penyebaran COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca