Orang untuk Rawatan Etika Haiwan (PETA) Asia menjadi bualan ramai selepas organisasi hak haiwan terbesar dunia itu telah memuat naik sekeping foto memaparkan seorang peminat kecewa apabila kumpulan ikonik K-Pop iaitu BTS mempromosikan ayam yang telah pergi buat selama-lamanya menerusi menu BTS Meal.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, PETA Asia menegaskan bahawa nuget ayam itu dibuat daripada daging burung yang diseksa. Tambah organisasi itu lagi, nuget dalam BTS Meal menyebabkan banyak ayam terseksa dan menghembuskan nafas terakhir.

Kenyataan PETA Asia itu telah menerima perhatian ramai terutama sekali para peminat BTS iaitu Army dan rata-rata mengkritik tindakan PETA Asia yang memuat naik kenyataan seperti itu.

Ada juga yang berkata BTS tidak pernah mempromosikan gaya hidup vegan iaitu individu yang makan sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja sebaliknya mereka suka makan daging.

Bukan itu sahaja, orang ramai turut berkata mereka menghormati pihak PETA Asia untuk tidak makan daging tetapi seharusnya organisasi itu juga perlu menghormati pilihan yang diambil orang lain untuk nikmati daging.

Mula dijual di Malaysia pada 26 Mei lalu, BTS Meal mengandungi menu kegemaran kumpulan ikonik K-Pop berkenaan iaitu 10 keping nuget McDonald’s, air, kentang goreng dan dua sos pilihan iaitu cajun dan cili manis.

THE BTS MEAL IN MALAYSIA pic.twitter.com/nJDJIC2zcn
— gie⁷ 🧈 (@joonsori) May 26, 2021
Apa pendapat anda berkenaan kenyataan PETA Asia? Anda boleh baca kenyataan penuh PETA Asia di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: